Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Regata Bintulu jadi platform jana pendapatan dan perkasa ekonomi digital
  • Utara
  • WILAYAH

Regata Bintulu jadi platform jana pendapatan dan perkasa ekonomi digital

Utusan Sarawak 6 hours ago
ISKANDAR Turkee meninjau gerai usahawan tempatan yang mempamerkan produk komuniti sempena Regata Bintulu 2025 di Pier 99, Bintulu hari ini.

BINTULU: Penganjuran Regata Bintulu 2025 memberi rangsangan ketara kepada aktiviti ekonomi setempat apabila lebih 100 usahawan kecil dan komuniti pesisir mengambil bahagian melalui jualan produk dan perkhidmatan sepanjang acara itu berlangsung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, penyertaan tinggi usahawan daripada komuniti Sejati, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta rumah panjang menunjukkan bahawa regata terus menjadi platform penting bagi menjana pendapatan luar bandar.

“Regata ini membuka peluang kepada pelbagai golongan termasuk belia dan peniaga kecil, untuk memasarkan produk mereka.

“Kita lihat ada gerai makanan, kraftangan, hasil pertanian serta perkhidmatan seperti khemah dan sistem siar raya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Gerai Jualan Usahawan dan Sejati MADANI sempena Regata Bintulu 2025 di sini, hari ini.

Menurutnya, kehadiran pengunjung ke Pier 99 juga memberi manfaat kepada industri hotel, penginapan dan perkhidmatan lain yang menerima peningkatan pelanggan sepanjang penganjuran acara itu.

Iskandar dalam masa sama mengingatkan peniaga supaya mengekalkan kualiti produk, khususnya makanan, serta memastikan harga ditawarkan pada kadar berpatutan bagi meningkatkan kepuasan pengunjung dan menggalakkan perbelanjaan.

Beliau turut menyarankan usahawan memanfaatkan platform digital seperti TikTok dan Facebook untuk memperluas jangkauan jualan.

“Kita dapat lihat pelbagai produk tempatan diketengahkan seperti produk berasaskan cendawan tiram, tenunan serta rotan.

“Persatuan Ibu Tunggal turut tampil mempromosikan hasil kerja mereka.

“Inisiatif seperti ini selaras dengan aspirasi Premier untuk memperkasa ekonomi komuniti melalui digitalisasi dan mencapai sasaran Pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) bagi meningkatkan pendapatan isi rumah,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Pertemuan kontraktor–ketua kaum diwajibkan pastikan projek kampung berjalan lancar
Next: Pertandingan Hiasan Krismas ceriakan warga KK Long Lama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.