Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak sambut baik cadangan Singapura buka pejabat konsulat di Kuching – Premier Sarawak
  • TEMPATAN

Sarawak sambut baik cadangan Singapura buka pejabat konsulat di Kuching – Premier Sarawak

Utusan Sarawak 14 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa sesi sidang media bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Mesyuarat Pemimpin Malaysia–Singapura Ke-12 di Singapura, hari ini. Foto Sarawakku

SINGAPURA: Sarawak menyambut baik cadangan Singapura untuk membuka pejabat konsulatnya di Kuching sebagai usaha memperkukuh hubungan dua hala antara republik itu dengan Malaysia, khususnya di Borneo.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata langkah tersebut akan membuka lebih banyak ruang kerjasama melibatkan perdagangan, pelaburan serta hubungan rakyat dengan rakyat antara kedua-dua pihak.

Beliau berkata, hubungan ekonomi antara Sarawak dan Singapura telah lama terjalin, dan kewujudan pejabat konsulat itu kelak akan memudahkan pelbagai urusan termasuk mobiliti pekerja, urusan perniagaan dan pelaburan baharu.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Mesyuarat Pemimpin Malaysia–Singapura Ke-12 di Singapura, hari ini. Foto Sarawakku

“Kita ucap terima kasih kerana hubungan Malaysia-Singapura sangat erat dan Kerajaan Sarawak mengalu-alukan cadangan ini kerana ia akan membawa manfaat besar kepada hubungan dua hala serta meningkatkan lagi peluang kerjasama ekonomi.

“Kita sudah pun mempunyai pejabat dagangan dan pelancongan (STATOS) di sini (Singapura) jadi dengan pembukaan konsulat ini akan membantu hubungan bilateral serta urusan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi sidang media bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sempena Mesyuarat Pemimpin Malaysia–Singapura Ke-12 di sini, hari ini.

-Sarawakku

Continue Reading

Previous: Terima kasih Premier Sarawak, SJA hargai pengumuman insentif RM700 pengamal media
Next: Tun Wan Junaidi hargai sumbangan NGO perkukuh struktur sokongan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.