Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • ACCCIS teroka peluang kerjasama ekonomi digital bersama SDEC, SMA dan SAIC
  • BISNES

ACCCIS teroka peluang kerjasama ekonomi digital bersama SDEC, SMA dan SAIC

Utusan Sarawak 1 hour ago
PROFESOR Dr. Wang Yin Chai (tiga,kiri) menyerahkan buku panduan ACCCIS kepada Dato Ir. Ts. Sudarnoto (tiga, kanan).

KUCHING: Jawatankuasa Ekonomi Digital Persatuan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sarawak (ACCCIS) diketuai Pengerusi Jawatankuasa, Profesor Dr  Wang Yin Chai telah melakukan tiga kunjungan hormat, baru-baru ini.

Kunjungan tersebut melibatkan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA) dan Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak (SAIC).

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai transformasi digital dan inisiatif kecerdasan buatan di Sarawak, serta meneroka potensi kerjasama di masa hadapan.

Delegasi ACCCIS disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, Dato Sudarnoto Osman, dan dibentangkan oleh Khairool Adzelan, Ketua Sementara Jabatan Inovasi dan Keusahawanan. Melalui pembentangan itu, delegasi memperoleh gambaran menyeluruh mengenai peranan dan fungsi SDEC.

SDEC telah menubuhkan lapan Hab Inovasi Digital (DIH) di seluruh Sarawak iaitu di Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Kapit, Mukah, Sibu dan Lawas. DIH ini menyediakan program latihan kepada perniagaan tempatan dan belia termasuk digitalisasi untuk syarikat permulaan dan PKS. 

PROFESOR Dr. Wang Yin Chai (empat,kanan) menyerahkan buku panduan ACCCIS kepada Dato Dr. Anderson Tiong (empat,kiri).

Antara program yang diketengahkan ialah Founder’s Forge’yang direka untuk melahirkan bakal pengasas syarikat permulaan serta Sarawak SaaS Accelerator (SaSAR) yang baharu dilancarkan bagi membangunkan bakat pembangun perisian dan Vendor Perisian Bebas (ISV).

Dato Sudarnoto menekankan penyertaan komuniti Cina masih rendah dan menyambut baik sokongan ACCCIS dalam mempromosikan program-program tersebut. Pertukaran pandangan berlangsung dalam suasana mesra dan konstruktif, dengan kedua-dua pihak menyuarakan harapan positif terhadap kerjasama pada masa hadapan.

Delegasi kemudiannya mengunjungi SMA dan disambut oleh Pengurus Besar, Dato Dr. Anderson Tiong Ing Heng. Ketua Strategi Keselamatan Siber, Jonathan Ng Hong Ping, membentangkan peranan utama SMA dalam memajukan ekonomi digital Sarawak.

SETIAUSAHA Agung ACCCIS, Dato Jonathan Chai (tiga, kiri) menyerahkan buku panduan ACCCIS kepada Profesor Dr. Patrick Then (tiga,kanan).

Delegasi diberi taklimat mengenai Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030 yang memuatkan lima tonggak strategik dan 106 inisiatif dirancang untuk menjadikan Sarawak sebagai peneraju ekonomi digital menjelang 2030. 

Perbincangan merangkumi penyebaran polisi digital, penerimaan digital oleh perniagaan serta keselamatan siber. ACCCIS menyatakan minat untuk menganjurkan seminar keselamatan siber bersama, manakala SMA menunjukkan kesediaan meneroka potensi kerjasama lebih lanjut.

Mesyuarat berlangsung dalam suasana terbuka dan mesra, membolehkan kedua-dua pihak memahami dengan lebih mendalam tentang kerja dan keutamaan masing-masing.

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Petros kini antara pengeluar ekuiti minyak dan gas utama di Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.