Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MBKS tegaskan tiada lesen kelab persendirian, pantau ketat pusat refleksologi dan kesihatan
  • Selatan
  • WILAYAH

MBKS tegaskan tiada lesen kelab persendirian, pantau ketat pusat refleksologi dan kesihatan

Utusan Sarawak 4 hours ago
Dato Wee Hong Seng ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengiktirafan MBKS Sebagai Calon Bandar Bagi Inisiatif Bandar Mesra Kanak-kanak (CFC) oleh UNICEF, hari ini.

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah dan tidak akan mengeluarkan lesen bagi kelab persendirian di kawasan pentadbirannya, sebagai langkah memastikan premis kesihatan dan hiburan tidak disalahgunakan.

Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng berkata, jenis premis yang dibenarkan itu juga tertakluk kepada syarat khusus bagi memastikan ia tidak disalahgunakan sebagai pusat hiburan ‘terselindung’. 

“Setakat ini, kita tidak ada keluarkan lesen untuk ‘private club’. Yang kita ada hanya pusat refleksologi dan pusat kesihatan, tetapi semuanya tertakluk kepada garis panduan dalam ordinan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengiktirafan MBKS Sebagai Calon Bandar Bagi Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak oleh UNICEF, hari ini.

Dato Wee berkata, semua premis yang diluluskan perlu mematuhi syarat termasuk ruang terbuka, tiada bilik berasingan dan tiada kawasan tertutup yang boleh menimbulkan keraguan atau penyalahgunaan.

“Kalau siapa pernah pergi pusat refleksologi yang berlesen, semuanya konsep terbuka. Anda boleh nampak dari satu petak ke petak lain. Ini untuk elakkan perkara tidak separutnya berlaku,” jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa MBKS bukan bersikap tidak inklusif, tetapi mahu memastikan tiada aktiviti luar tabii dijalankan di bawah lesen sah.

Menurutnya, MBKS bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan sedang menjalankan operasi bersama terhadap pusat hiburan tertentu sejak beberapa minggu lalu.

“Memang ada operasi bersama dibuat, satu demi satu. Tapi kita tidak umumkan sebab tidak sesuai untuk dedahkan lokasi atau masa,” jelasnya.

Beliau menambah bahawa tuduhan kononnya MBKS tidak bertindak adalah tidak berasas.

“Kita memang buat kerja. Kadang-kadang orang tidak tahu, sebab itu mereka tuduh kita tak buat apa-apa. Namun, hasilnya jelas menunjukkan bahawa kami giat menjalankan tugas kami,” tegasnya.

Mengulas mengenai kemungkinan wujud permohonan lesen hiburan seperti kes tular di Kuala Lumpur baru baru ini, beliau berkata Kuching tidak memerlukan premis hiburan tambahan seperti itu. 

“Kita mahu elakkan bandar ini daripada ‘tercemar’. Kita akan meneliti setiap permohonan, tetapi setakat ini, saya rasa kita tidak perlu pun penambahan pusat hiburan,” katanya.

MBKS turut menilai aspek kawasan kediaman, jarak operasi serta gangguan bunyi, terutamanya pada waktu lewat malam.

“Kadang-kadang walaupun premis itu memenuhi jarak yang dibenarkan, tetapi bila operasi sampai 1.00 atau 2.00 pagi, ia ganggu tidur penduduk. Jadi kita elakkan situasi itu,” ujarnya.

Oleh Shahrul

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MBKS perhebat tindakan tangani anjing liar, ingatkan pemilik haiwan patuh peraturan
Next: Kerajaan hargai pemilik tanah, penyerahan NCR bukti pengiktirafan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.