Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arteta bimbang kecederaan menjejaskan usaha Arsenal buru kejuaraan
  • SUKAN

Arteta bimbang kecederaan menjejaskan usaha Arsenal buru kejuaraan

Utusan Sarawak 4 hours ago
Cristhian Mosquera, pertahanan Arsenal, mengalami kecederaan ketika menentang Brentford. Foto AFP

LONDON: Mikel Arteta bimbang masalah kecederaan yang semakin bertambah akan menjejaskan usaha Arsenal memburu kejuaraan Liga Perdana selepas Declan Rice dan Cristhian Mosquera terpaksa dikeluarkan dalam kemenangan 2-0 menentang Brentford awal pagi tadi.

Pasukan Arteta kini lima mata di depan Manchester City yang berada di tempat kedua hasil jaringan Mikel Merino dan Bukayo Saka di Stadium Emirates.

The Gunners melanjutkan rekod tanpa kalah kepada 18 perlawanan dalam semua pertandingan dengan kemenangan kelapan berturut-turut di laman sendiri.

Namun, Arteta, yang sudah pun kehilangan dua pertahanan tengah utama Gabriel Magalhaes dan William Saliba akibat kecederaan, menerima tamparan baharu apabila pertahanan Sepanyol, Mosquera, terpaksa dikeluarkan sebelum tamat separuh masa pertama.

Lebih membimbangkan, pemain tengah England Declan Rice dilihat mengalami kecederaan betis ketika dia digantikan 10 minit sebelum perlawanan tamat.

“Jelas sekali ini bukan berita baik. Declan terpaksa dikeluarkan. Kami belum tahu keadaannya. Kami akan lihat esok apa sebenarnya yang berlaku,” kata Arteta, yang turut kehilangan Kai Havertz dan Leandro Trossard kerana kecederaan.

Mikel Merino mengekalkan tempatnya di bahagian serangan walaupun Viktor Gyokeres sudah kembali cergas, dan dia membalas kepercayaan Mikel Arteta dengan satu lagi gol penting. Foto AFP

“Declan boleh berjalan, tetapi dia tidak boleh bermain. Hakikatnya, dia telah bermain terlalu banyak minit dan sekarang kami bermain pada malam Rabu dan perlu bermain lagi pagi Sabtu.”

Dengan Arsenal melalui minggu yang sangat mencabar — termasuk kemenangan ke atas Tottenham dan Bayern Munich, serta seri dengan pesaing kejuaraan Chelsea — Arteta mengambil peluang merehatkan Saka, Jurrien Timber dan Eberechi Eze ketika menentang Brentford.

Namun ketiga-tiga mereka akhirnya terpaksa dimasukkan juga, menyebabkan Arteta mengeluh mengenai ‘badi’ kecederaan Arsenal dan mempertikai jadual Liga Perdana menjelang perlawanan sukar menentang Aston Villa yang sedang berada dalam prestasi terbaik pada aksi awal Sabtu.

“Rehat, itu satu perkataan yang agak positif untuk digunakan. Kami terpaksa membuat beberapa pertukaran,” katanya.

“Kami menghadapi minggu yang sangat menuntut pada setiap peringkat. Kami diminta bermain tiga hari kemudian, dengan satu hari pemulihan kurang daripada mereka.

“Kami boleh bermain banyak minit, tetapi jika boleh, berikan kami sedikit masa tambahan untuk pulih dan menjadikan kebajikan pemain lebih terjamin. Itu sangat membantu.”- AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Slot akui Liverpool kehilangan aura menakutkan
Next: Maresca kecam Chelsea ‘amat lemah’ selepas tewas kepada Leeds

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.