Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Slot akui Liverpool kehilangan aura menakutkan
  • SUKAN

Slot akui Liverpool kehilangan aura menakutkan

Utusan Sarawak 4 hours ago
Pengurus Belanda Liverpool, Arne Slot bertindak balas ketika perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Sunderland di Anfield, Liverpool, barat laut England, semalam. Foto AFP

Liverpool, United Kingdom: Pengurus Liverpool, Arne Slot mengakui pasukannya telah kehilangan faktor takut ketika melalui rentetan keputusan buruk apabila Sunderland mencatat keputusan seri 1-1 di Anfield, awal pagi tadi.

Juara Liga Perdana itu kini gagal menang dalam tiga perlawanan berturut-turut di laman sendiri dan hanya diselamatkan oleh gol sendiri Nordi Mukiele untuk meraih satu mata menentang Black Cats.

Sunderland hampir mencatat kemenangan pertama mereka di Anfield sejak 1983 apabila jaringan terbias Chemsdine Talbi membuka tirai gol.

Walaupun Mukiele menolak masuk percubaan Florian Wirtz ke gawang sendiri untuk menyamakan kedudukan, Wilson Isidor mensia-siakan peluang besar untuk membawa pulang tiga mata apabila rembatan beliau dikeluarkan dari garisan oleh Federico Chiesa pada masa kecederaan.

Sejak memenangi lima perlawanan awal liga musim ini, Liverpool hanya menang dua daripada sembilan perlawanan terakhir.

“Pasukan yang menentang kami kini percaya mereka boleh dapat keputusan,” kata Slot. “Bukan sekadar percaya, kerana ia telah terbukti musim ini.

“Malah dalam perlawanan yang kami menang, kami sebenarnya memberi keyakinan kepada pasukan lain bahawa sesuatu boleh berlaku kerana kemenangan itu juga bukan mudah.”

Harapan bahawa kemenangan 2-0 ke atas West Ham pada Ahad lalu menjadi titik kebangkitan segera terpadam buat Slot.

Mohamed Salah sekali lagi diletakkan di bangku simpanan untuk perlawanan kedua berturut-turut, manakala Wirtz dan Alexander Isak gagal menampilkan prestasi setimpal dengan tanda harga lebih £100 juta.

Salah dimasukkan pada awal babak kedua, namun turut bergelut untuk memberi impak menentang pertahanan Sunderland yang teratur.

“Saya tahu sebelum perlawanan, Sunderland adalah pasukan yang sukar untuk dijaringkan gol, sukar untuk mencipta peluang,” tambah Slot.

“Perlawanan ini kami tidak banyak melepaskan peluang atau mencipta peluang, dan benar-benar tidak bernasib baik dengan gol yang kami bolos. Ia satu defleksi yang boleh pergi ke mana sahaja, tetapi dalam tempoh kami sekarang, ia masuk ke gawang.” -AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Gol tunggal bawa Hermanos FC julang kejuaraan edisi pertama
Next: Arteta bimbang kecederaan menjejaskan usaha Arsenal buru kejuaraan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.