Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Sarawak tubuh Unit Diplomasi Iklim dan Tenaga, perkukuh peranan antarabangsa
  • SEMASA

DUN: Sarawak tubuh Unit Diplomasi Iklim dan Tenaga, perkukuh peranan antarabangsa

Utusan Sarawak 4 hours ago
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Persidangan DUN Sarawak. Foto UKAS

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak memperkukuh strategi jangka panjang iklim dan tenaga dengan menubuhkan Unit Diplomasi Iklim dan Tenaga Sarawak, sebuah badan baharu yang akan memimpin semua libat urus serantau dan antarabangsa berkaitan perubahan iklim, karbon dan peralihan tenaga.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, penubuhan unit itu bertujuan memastikan Sarawak berada di barisan hadapan dalam diplomasi iklim, selaras dengan hala tuju negeri menuju ekonomi hijau berimpak tinggi.

“Pusat Perubahan Iklim Sarawak akan ditempatkan di bawah unit ini sebagai sayap teknikal untuk menyokong kerja dasar, penyelidikan saintifik dan pembangunan data.

“Inisiatif tadbir urus ini meletakkan Sarawak sebagai peneraju serantau dalam usaha iklim dan tenaga, selain melindungi aset alam sekitar sambil mewujudkan nilai ekonomi baharu,” katanya dalam ucapan penggulungannya pada sidang DUN, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, berkata, unit baharu itu akan memacu frontier sumber hijau negeri termasuk hidrogen dan ammonia, inisiatif ekonomi kitaran, bahan berasaskan bio, CCUS, serta pembangunan bahan suapan untuk bahan api penerbangan lestari.

“Selain itu, Sarawak turut melaksanakan agenda ekonomi kitaran moden yang bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan, mengurangkan pelepasan metana dan meningkatkan kecekapan sumber di seluruh negeri.

“Pemuliharaan hutan dan landskap adalah komponen penting dalam agenda tenaga bersih, kerana kawasan hijau ini menyokong sungai serta empangan hidro yang menjadi aset kritikal tenaga Sarawak,” jelasnya.

Beliau mengulas lanjut, pada 2025, Sarawak telah melepasi sasaran penanaman 35 juta pokok dengan rekod lebih 55 juta pokok ditanam setakat Oktober, selain menjadi wilayah pertama di Malaysia mengeluarkan lesen karbon hutan bagi menyokong projek karbon berasaskan alam.

“Jabatan Hutan turut memberikan Permit Kajian Karbon kepada Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan pemuliharaan hutan dan tanah gambut di kawasan tadahan empangan hidro utama, demi melindungi sumber air dan meneroka hasil karbon jangka panjang.

“SEB juga menandatangani Memorandum Persefahaman lima tahun bersama International Union for Conservation of Nature (IUCN) bagi membawa amalan terbaik global dalam pengurusan biodiversiti sekitar aset infrastruktur negeri.

“Melalui inisiatif pemuliharaan ini, Sarawak dijangka mampu menjana 250,000 kredit karbon daripada hutan terpelihara bagi mengimbangi pelepasan sektor sukar-kurang,” ujarnya.

Tegas beliau, usaha tersebut turut mengangkat peranan komuniti tempatan dan masyarakat peribumi melalui pengurusan bersama kawasan hutan, aktiviti pemuliharaan serta pembangunan sumber pendapatan baharu seperti pemulihan, eko-pelancongan dan produk hutan bukan kayu.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak turut beri insentif RM500 kepada pesara perkhidmatan awam negeri sebagai tanda penghargaan
Next: DUN: Projek kabel dasar laut diluluskan bersyarat, Sarawak kini selangkah lagi eksport tenaga ke Singapura

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.