Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tenggiling semakin terancam, perlu perlindungan
  • TEMPATAN

Tenggiling semakin terancam, perlu perlindungan

Utusan Sarawak 2 hours ago
Tenggiling antara binatang yang semakin terancam. Foto SFC

MIRI: Tenggiling atau Manis javanica, mamalia unik yang kini tersenarai sebagai spesies terancam ekoran penyeludupan dan kehilangan habitat.

Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) menerusi satu hantaran di Facebook hari ini berkongsi kepada orang awam beberapa fakta menarik mengenai haiwan itu bagi meningkatkan kefahaman masyarakat.

” Tenggiling merupakan satu-satunya mamalia bersisik di dunia, dengan sisik keratin yang bertindak sebagai perisai semula jadi ketika berdepan ancaman.

“Selain itu, tenggiling memiliki lidah yang luar biasa panjang, mencecah kira-kira sepertiga daripada panjang badannya. Lidah yang panjang dan melekit itu membantu spesies berkenaan menangkap makanan utamanya seperti semut dan anai-anai,” kata hantaran tersebut.

Menurut hantaran itu lagi, keunikan lain yang jarang diketahui ialah cara ibu tenggiling membawa anaknya.

” Anak tenggiling lazimnya ‘menumpang’ pada pangkal ekor ibu sehingga cukup besar untuk berdikari.

“Jika berdepan bahaya, si ibu akan menggulungkan tubuhnya bagi melindungi anak di bawah perisai sisik yang keras,” katanya.

Walaupun mempunyai keistimewaan tersendiri, tenggiling menjadi antara haiwan liar paling banyak diseludup di dunia, sekali gus meletakkan spesies itu semakin hampir kepada kepupusan.

SFC menegaskan bahawa kerjasama masyarakat amat penting dalam usaha memelihara hidupan liar tersebut.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Dato Sri Wahab sumbang RM100,000 bantu bina kuil baharu di Matu
Next: Premier Sarawak rasmi Kempen Buah Tempatan dan Majalah Agro Kenyalang Edisi Ke-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.