Hospital Mukah lengang semasa PKP

Facebook
WhatsApp

MUKAH: Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) orang ramai ke Hospital Mukah jauh berkurangan jika dibanding sebelum itu.

Suasana itu kelihatan ketara apabila kebanyakan ruang duduk di Jabatan Pesakit luar agak lengang, saban hari, ketika PKP sekarang.

Hanya kelihatan beberapa pesakit luar atau mereka yang membuat temu janji kelihatan menunggu di ruang berkenaan dan mematuhi penjarakan sosial.

Peraturan yang menetapkan pesakit yang mengadakan pemeriksaan rutin tidak perlu ditemani oleh ahli keluarga, kecuali warga emas dan mereka yang agak uzur,  juga dipercayai menyumbang kepada senario berkenaan.

Salah seorang doktor  bertugas ketika  ditemui menyatakan keadaan tidak sesak itu adalah  baik terutama sekali semasa tempoh PKP ini.

Semua pesakit atau menemani akan diperiksa suhu badan sebelum masuk ke pusat perubatan berkenaan.

Selepas pemeriksaan diluar itu, mereka diberi sekeping kertas kecil yang menyatakan ‘Telah Disaring’ lengkap dengan catatan suhu, dan tarikh.

Penjawat awam digesa tingkat kemahiran AI

PETRA JAYA: Penjawat awam perlu memperkukuh penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tadbir urus digital bagi memastikan perkhidmatan awam negeri terus

SMK Santubong dipastikan selamat untuk murid

SANTUBONG: Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong kembali ceria apabila murid meneruskan sesi persekolahan seperti biasa selepas sekolah berkenaan