Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 57 projek perumahan swasta sakit di Sarawak; satu diisytihar terbengkalai, pemaju berdepan pendakwaan
  • SEMASA

57 projek perumahan swasta sakit di Sarawak; satu diisytihar terbengkalai, pemaju berdepan pendakwaan

Utusan Sarawak 3 hours ago
SIDANG MEDIA… Michael Tiang Ming Tee ketika sidang media khas di Bilik Media Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini. 

PETRA JAYA: Sebanyak 57 projek perumahan swasta sakit telah dikenal pasti di seluruh Sarawak setakat ini di bawah Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Projek Perumahan, sekali gus menggambarkan komitmen kerajaan negeri mengekang kegagalan pemaju dan melindungi hak pembeli rumah.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Michael Tiang Ming Tee berkata daripada jumlah tersebut, 23 projek telah berjaya diselesaikan sepenuhnya atau sebahagiannya, manakala 20 projek telah dihidupkan semula selepas sekian lama terbengkalai dengan kerja-kerja pembinaan kembali berjalan.

Menurutnya, 13 projek lagi kini berada di pelbagai peringkat libat urus bagi menyelesaikan isu teknikal dan kepatuhan, termasuk rundingan dengan pemaju, kontraktor, pembekal serta agensi utiliti yang terlibat.

Bagaimanapun, satu projek di Sibu telah diisytiharkan sebagai projek perumahan terbengkalai di bawah Ordinan Kawalan dan Perlesenan Pemajuan Perumahan 2013, melibatkan pemaju Episo Development Sdn Bhd (Episo Enterprise). Pengisytiharan itu dibuat pada 28 Oktober 2025.

“Satu projek sahaja sudah cukup serius. Pengisytiharan projek sebagai terbengkalai bukan amaran kosong. Ia membawa implikasi undang-undang yang berat,” katanya pada sidang media di bilik media DUN hari ini.

Mengikut Seksyen 27(2) ordinan tersebut, tindakan pendakwaan boleh diambil bukan sahaja terhadap syarikat pemaju, tetapi juga terhadap pengarah, pengurus dan pegawai syarikat yang terlibat dalam kegagalan projek. 

Tiang menegaskan bahawa kementerian tidak akan teragak-agak untuk menguatkuasakan peruntukan ini.

Beliau berkata kerajaan turut akan menyenarai hitam pemaju bermasalah serta menerbitkan senarai rasmi projek sakit dan projek terbengkalai di laman web kementerian bagi memastikan ketelusan kepada pengguna serta memudahkan pembeli membuat semakan sebelum membeli rumah.

Dalam pada itu, pembeli rumah bagi projek sakit atau terbengkalai adalah berhak menuntut bayaran balik penuh bersama kompensasi sehingga 10 peratus daripada harga rumah berdasarkan perjanjian jual beli (SPA). Pembeli juga boleh memohon bantuan kewangan seperti moratorium atau pengecualian faedah daripada institusi kewangan masing-masing.

Beliau berkata kerajaan turut menyediakan laluan bantuan khas untuk kakitangan kerajaan negeri melalui Skim Pinjaman Perumahan Pegawai Awam Sarawak (Pindaan 2024), manakala penjawat awam persekutuan boleh berunding melalui LPPSA bagi penjadualan semula bayaran pinjaman rumah mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, Tiang memaklumkan kerajaan negeri sedang berusaha mendapatkan ‘white knight’ untuk mengambil alih projek perumahan Sentoria di Kuching, namun isu liabiliti pemaju asal perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum proses pemulihan dapat dimulakan.

“Keutamaan utama kami ialah memastikan projek sakit ini disambung semula dan disiapkan supaya pembeli akhirnya dapat menerima rumah mereka. 

“Setakat ini, kita berjaya menurunkan angka projek sakit kepada 2 peratus, satu pencapaian hasil usaha pemantauan intensif pasukan petugas,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: 75 peratus projek perumahan bermasalah diselesaikan hanya 2 peratus dikategorikan bermasalah – Dr Sim
Next: DUN: Bantuan RM20,000 untuk setiap kontraktor Bumiputera di bawah PUTERA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.