Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 350 pelajar SMK Kanowit sertai program anti dadah
  • PENDIDIKAN

350 pelajar SMK Kanowit sertai program anti dadah

Utusan Sarawak 4 hours ago
TANAM KESEDARAN BAHAYA DADAH… Program Institusi Pendidikan Bebas Dadah sempena Ceramah dan Pameran Program Anti Dadah di SMK Kanowit.

KANOWIT: Seramai 350 pelajar SMK Kanowit menghadiri Program Institusi Pendidikan Bebas Dadah sempena Ceramah dan Pameran Program Anti Dadah yang diadakan di sekolah itu, semalam.

PAMERAN MINI ANTIDADAH…. Memaparkan maklumat berkaitan jenis-jenis dadah, undang-undang serta impaknya terhadap masyarakat sebagai usaha membentuk persekitaran sekolah bebas dadah.

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu, melalui kenyataannya, memaklumkan bahawa program anjuran pihak sekolah itu bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta memberi kefahaman awal tentang langkah pencegahan bagi mengelakkan mereka terjebak dalam aktiviti tidak sihat.

BERI TUMPUAN… Seramai 350 pelajar SMK Kanowit menghadiri Program Institusi Pendidikan Bebas Dadah sempena Ceramah dan Pameran Program Anti Dadah.

“Sepanjang program, pelajar diberi penerangan mengenai kesan buruk penyalahgunaan dadah selain pendedahan melalui sesi ceramah interaktif,” kata kenyataan itu.

Turut diadakan pameran mini antidadah yang memaparkan maklumat berkaitan jenis-jenis dadah, undang-undang serta impaknya terhadap masyarakat sebagai usaha membentuk persekitaran sekolah bebas dadah.

Oleh Akun Giman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Mahasiswa Sarawak timba pengalaman legislasi melalui lawatan akademik ke Parlimen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.