Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PERANTIS gesa Sabah, Sarawak diberi satu pertiga kerusi Parlimen demi hak MA63
  • TEMPATAN

PERANTIS gesa Sabah, Sarawak diberi satu pertiga kerusi Parlimen demi hak MA63

Utusan Sarawak 2 hours ago
Wellie Henry Majang.

SIBU: Sarawak dan Sabah perlu diberikan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada jumlah keseluruhan kerusi di Dewan Rakyat bagi memastikan suara serta kepentingan kedua-dua wilayah terus terpelihara selaras dengan dipersetujui ketika pembentukan Malaysia.

Penasihat Persatuan Intelektual Pribumi Sarawak (PERANTIS), Wellie Henry Majang, berkata Dewan Rakyat merupakan platform penting yang menentukan hala tuju negara melalui penggubalan undang-undang, justeru kedudukan Sabah dan Sarawak mesti diperkukuh dalam proses pembuatan dasar di peringkat Persekutuan.

Beliau menegaskan peruntukan satu pertiga kerusi itu bertujuan memastikan hak kedua-dua wilayah tidak diketepikan, selaras semangat Laporan Suruhanjaya Cobbold yang menekankan kepentingan perlindungan bagi rakyat Sarawak dan Sabah.

“Sebarang pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen. Jika Sabah dan Sarawak memiliki satu pertiga kerusi di Dewan Rakyat, perlindungan terhadap hak-hak dalam MA63 akan lebih terjamin,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, penambahan kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak sejajar dengan pengiktirafan kedua-duanya sebagai wilayah yang membentuk Malaysia, sekali gus memenuhi asas rakan kongsi setara dengan Semenanjung Malaysia.

Wellie turut menekankan bahawa pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan memberi manfaat jelas dalam menjelaskan status serta hak Sabah dan Sarawak dalam konteks MA63.

Sehubungan itu, beliau mengulangi gesaan agar sekurang-kurangnya 29 kerusi tambahan diberikan kepada Sabah dan Sarawak bagi mencapai jumlah satu pertiga kerusi Parlimen.

“Kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi sama rata perlu dizahirkan melalui agihan kerusi Parlimen serta peruntukan pembangunan yang lebih adil dan seimbang,” katanya.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kerajaan perkukuh kawalan penggunaan AI demi keselamatan masyarakat — Nancy
Next: SUPP sokong gesaan Petronas dimuktamadkan perjanjian dengan Petros sebelum 31 Disember

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.