Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Mukah perkenal Jejak Warisan Melanau, tarik pelancong
  • SEMASA

DUN: Mukah perkenal Jejak Warisan Melanau, tarik pelancong

Utusan Sarawak 2 hours ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, teks ucapan penggulungan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini. – Foto Ukas

PETRA JAYA: Mukah dijangka menjadi tumpuan pelancongan budaya dengan pembangunan Jejak Warisan Mukah atau Melanau yang akan mendokumentasi, mentafsir dan mempamerkan warisan budaya Melanau secara lebih tersusun, menurut Menteri Pelancongan.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, laluan warisan tersebut bakal menampilkan ikon budaya termasuk Lamin Dana dan Sapan Puloh, sambil menekankan usaha kerajaan negeri dalam memelihara dan mempromosikan kraf tradisional tempatan seperti terendak dan batik linut.

“Kami akan bekerjasama rapat dengan penggiat seni tempatan untuk mendaftarkan kraf ini di bawah Petunjuk Geografi (GI) bagi memastikan ia dilindungi sebagai produk kreatif tempatan dan meningkatkan promosi mereka di peringkat negeri dan antarabangsa.

“Pembangunan warisan budaya ini bukan sahaja memperkukuh identiti tempatan, tetapi juga membuka peluang ekonomi kepada komuniti setempat.

“Pelancongan berasaskan warisan memberi peluang kepada masyarakat tempatan untuk mempamerkan kemahiran dan kreativiti mereka sambil menarik lebih ramai pelawat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Beliau juga menyatakan bahawa usaha ini adalah sebahagian daripada strategi kerajaan negeri untuk memperluas tarikan pelancongan di Mukah dan kawasan sekitarnya, di samping memastikan warisan budaya dan kraf tradisional terus relevan dan dihargai generasi masa depan.

Selain itu, kementerian turut memberi perhatian kepada pembangunan infrastruktur dan integrasi pelancongan melalui kerjasama dengan Jawatankuasa Penyelaras Pelancongan Sarawak (STCC) dan Kumpulan Tugas Pelancongan Bahagian (DTTG), memastikan laluan warisan ini mudah diakses oleh pelancong domestik dan antarabangsa.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak catat 4.01 juta pelawat, hasil pelancongan lebih RM10.22 bilion
Next: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah terima kunjungan hormat Yayasan Hasanah Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.