Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Sarawak kukuh keselamatan penerbangan melalui SASP, peraturan zon dron baharu
  • SEMASA

DUN: Sarawak kukuh keselamatan penerbangan melalui SASP, peraturan zon dron baharu

Utusan Sarawak 2 hours ago
DATO Sri Lee Kim Shin ketika memyampaikan ucapan penggulungan perbahasan bagi Kementerian Pengangkutan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19, hari ini. Foto UKAS 

PETRA JAYA: Keselamatan terus menjadi keutamaan utama Sarawak dalam sektor penerbangan, dengan penekanan terhadap pengawasan, pendidikan dan pematuhan peraturan industri melalui Program Keselamatan Penerbangan Sarawak (SASP) yang diterajui Kementerian Pengangkutan negeri.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, program keselamatan ini bertujuan memperkukuh budaya keselamatan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), memastikan generasi baharu mematuhi standard keselamatan tertinggi di ruang udara Sarawak.

“Setakat tahun ini, kita telah menganjurkan pelbagai seminar dan kempen keselamatan termasuk Seminar Keselamatan Penerbangan di Sibu, yang dilaksanakan bersama CAAM dan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) melibatkan 250 peserta.

“Kempen Kesedaran Keselamatan di Limbang yang dikendalikan bersama Kementerian Pengangkutan Malaysia, CAAM dan Lapangan Terbang Malaysia (MAHB), membabitkan lebih 350 pelajar dan pihak berkepentingan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika memyampaikan ucapan penggulungan perbahasan bagi Kementerian Pengangkutan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19, hari ini.

Beliau menambah, inisiatif ini menekankan kepatuhan kepada peraturan, tanggungjawab profesional dan kesedaran keselamatan, sekaligus membentuk generasi yang menegakkan amalan keselamatan tertinggi di ruang udara negeri.

Lee berkata, selaras dengan peningkatan penggunaan dron, CAAM telah memperkenalkan kerangka segregasi ruang udara baharu termasuk zon dron khusus, kawasan berbahaya, dan laluan operasi Di Luar Garisan Penglihatan (BVLOS) bagi memastikan integrasi selamat antara pesawat berawak dan tanpa pemandu.

Di Sarawak, kerangka ini menyokong aplikasi dron dalam pertanian, pemeriksaan infrastruktur, pemantauan alam sekitar, logistik luar bandar, serta operasi jarak jauh termasuk penghantaran kargo ke platform minyak dan gas. 

Struktur ruang udara yang terancang juga memperkukuh tindak balas kecemasan, seperti penilaian banjir, pemetaan kebakaran hutan, dan operasi pemadaman taktikal.

Beliau menekankan, kementerian akan terus bekerjasama dengan CAAM, pihak industri dan agensi negeri untuk mengekalkan kedudukan Sarawak sebagai peneraju operasi dron yang selamat, inovatif dan boleh diperluas, sambil membuka laluan bagi inovasi, ujian, latihan dan percubaan komersial teknologi dron altitud rendah yang canggih.

Oleh Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: AirBorneo mula operasi Januari 2026, pacu peluang pekerjaan dan industri aeroangkasa
Next: DUN: Sarawak catat 4.01 juta pelawat, hasil pelancongan lebih RM10.22 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.