Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak dijangka siap sepenuhnya Oktober 2026
  • SEMASA

DUN: Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak dijangka siap sepenuhnya Oktober 2026

Utusan Sarawak 4 hours ago
Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, berucap pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh bidang penyelidikan bioperubatan dengan pembangunan Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) yang dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2026, sekali gus menyokong usaha pengawalan penyakit dan pembangunan vaksin tempatan.

Menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, projek SIDC bakal menjadi pusat rujukan utama bagi penyelidikan penyakit berjangkit dan pengawalan wabak di Sarawak.

“SIDC akan menempatkan fasiliti makmal bertaraf antarabangsa yang membolehkan penyelidikan vaksin dan rawatan perubatan lebih tepat mengikut keperluan populasi tempatan.

“Dengan adanya pusat ini, Sarawak boleh meningkatkan kapasiti untuk pengesanan awal penyakit dan membangunkan vaksin tempatan. 

“Kerjasama dengan institusi antarabangsa akan memastikan penyelidik tempatan mendapat pendedahan kepada teknologi dan kaedah terkini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Tambah beliau, SIDC akan memacu pembangunan bakat dalam bioperubatan dan membuka peluang pekerjaan kepada graduan tempatan dalam bidang sains dan teknologi.

“Kami yakin ini akan memperkukuh sistem kesihatan Sarawak serta meningkatkan keupayaan negeri dalam menangani penyakit berjangkit.

“Pusat ini juga akan menjadi platform untuk kerjasama dengan syarikat bioteknologi tempatan dan antarabangsa dalam pembangunan ubat dan vaksin,” ujarnya.

SIDC merupakan salah satu projek utama dalam Rancangan Pembangunan Kesihatan Sarawak 2030, selaras dengan usaha negeri memacu inovasi dalam bidang sains hayat dan bioperubatan. 

Projek itu dijangka tidak hanya memberi manfaat kepada sistem kesihatan, tetapi juga menyokong pembangunan ekonomi hijau melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) bioperubatan di Sarawak.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Dayang Noorazah hadiri Majlis Graduasi PCCL Kohort II di United Kingdom
Next: Chong Chieng Jen gesa tindakan segera, empat mangsa kehilangan RM600,000 kes penipuan BSN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.