Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Sofia Rini dibebaskan dengan jaminan SPRM hari ini
  • JENAYAH

Sofia Rini dibebaskan dengan jaminan SPRM hari ini

Utusan Sarawak 2 hours ago
WANITA dikenali sebagai Sofia Rini Buyong, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes tohmahan rasuah, telah dibebaskan hari ini selepas tamat tempoh remannya.

PUTRAJAYA: Wanita dikenali sebagai Sofia Rini Buyong, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes tohmahan rasuah, telah dibebaskan hari ini selepas tamat tempoh remannya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama, mengesahkan bahawa Sofia Rini kini dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Sofia Rini sebelum ini direman selama empat hari bermula Jumaat lepas bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pemberian rasuah oleh ahli perniagaan Albert Tei kepada Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Pada Jumaat, kesemua mereka ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan kes dakwaan pemberian rasuah oleh Tei kepada Shamsul Iskandar untuk mendapatkan semula wang yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Shamsul Iskandar dan Sofia Rini ditahan di Ibu Pejabat SPRM selepas memberikan keterangan, manakala Tei ditahan di rumahnya di Puchong.

Setakat ini, Shamsul Iskandar dan Tei direman SPRM sehingga 4 Dis bagi membantu siasatan kes tersebut.

-Bernama  

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Eksklusif: 17 pengedar antara 450 ditahan dalam Operasi Tapis Khas Narkotik Sarikei
Next: Buruh positif dadah ditahan di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.