Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Perodua perkenal kereta elektrik pertama – QV-E berharga RM80,000 
  • NASIONAL

Perodua perkenal kereta elektrik pertama – QV-E berharga RM80,000 

Utusan Sarawak 3 hours ago

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kanan) bergambar pada Majlis Peluncuran Kenderaan Elektrik (EV) Pertama Perodua di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) hari ini. Foto Bernama.

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) hari ini memperkenalkan kenderaan elektrik bateri (EV) pertamanya, QV-E berharga RM80,000 sebelum insurans dan tidak termasuk bateri, menandakan langkah penting dalam usaha pembuat kereta nasional itu membangunkan ekosistem EV yang mampan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata QV-E, yang bermaksud ‘Quest for Visionary-Electric’ menelan kos pembangunan sebanyak RM800 juta dan melibatkan lebih 100 pakar tempatan.

Beliau berkata di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 yang dilancarkan pada 1 Sept 2023, Perodua dilantik sebagai juara dan peneraju pengeluar automotif tempatan untuk membangunkan ekosistem EV.

“Hala tuju yang jelas itu menuntut Perodua untuk menyiapkan peluncuran EV. Pada ketika itu, saya berasa sedikit gusar kerana merasakan matlamat tersebut terlalu bercita-cita tinggi serta mungkin kita belum memiliki kemahiran dan kepakaran tempatan yang mencukupi. 

“Namun hari ini, saya sangat bangga bukan sahaja dengan peluncuran EV Perodua ini tetapi kerana ia dihasilkan melalui kepintaran, disiplin, usaha dan kegigihan anak-anak tempatan,” kata beliau pada majlis peluncuran kereta QV-E di sini hari ini.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Tiada rombakan Kabinet besar-besaran, hanya keperluan isi kekosongan – PM Anwar
Next: MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.