Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Penguatkuasaan hutan diperkasa, 81 kes disiasat, rampasan hidupan liar meningkat di sempadan
  • TEMPATAN

DUN: Penguatkuasaan hutan diperkasa, 81 kes disiasat, rampasan hidupan liar meningkat di sempadan

Utusan Sarawak 5 hours ago
Datuk Len Talif semasa ucapan penggulungan Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini. 

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak memperkukuh tindakan penguatkuasaan bagi membanteras pembalakan haram dan jenayah hidupan liar apabila 81 kertas siasatan dibuka oleh Jabatan Hutan Sarawak antara Mei hingga Oktober 2025.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata daripada jumlah itu, empat kes dibawa ke mahkamah dan dua daripadanya selesai dibicarakan, manakala baki masih dalam proses siasatan.

Katanya, kompaun berjumlah RM554,923 dikutip bersama hasil pelupusan kayu rampasan bernilai RM718,551.

“Tindakan agresif turut ditunjukkan Perbadanan Hutan Sarawak(SFC) yang membuka 59 kertas siasatan antara April hingga November tahun ini berkaitan pencerobohan kawasan terlindung sepenuhnya (TPA) dan jenayah hidupan liar.

“Sembilan kes dibawa ke mahkamah, 15 kes dikompaun, manakala dua kes dikemukakan ke Kamar Peguam Besar Sarawak. Sebanyak 33 kes masih dalam siasatan aktif.

“Sebanyak lapan kertas siasatan lama juga berjaya diselesaikan dengan pendakwaan, menjadikan 17 kes dibawa ke mahkamah pada tahun ini. Seramai 21 pesalah mengaku bersalah, manakala 13 dijatuhi hukuman penjara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan penggulungan Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Tambah Len, sepanjang operasi khas bersama pihak berkuasa Indonesia pada 4 hingga 8 November lalu, SFC dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut merampas 313 hidupan liar di sempadan, termasuk spesies pokok ara, rhu laut dan pokok tanduk rusa.

Pada peringkat nasional, Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dijalankan bersama PDRM dan Kastam merampas barangan bernilai RM2.23 juta sepanjang April hingga November tahun ini. 

Beliau turut memaklumkan kerajaan sedang meminda Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 termasuk menaik taraf status perlindungan haiwan seperti tenggiling, beruang matahari, keluang dan kucing hutan daripada Haiwan Terlindung kepada Haiwan Terlindung Sepenuhnya.

Katanya, dalam aspek pemantauan pembangunan, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) menerima 61 laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekitar (EIA) dan 15 Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) setakat suku ketiga 2025, dengan 46 laporan EIA diluluskan.

“Sebanyak 87 notis ketidakpatuhan dikeluarkan dan kompaun RM150,000 dikenakan,” katanya.

Industri perkayuan Sarawak juga menunjukkan ketahanan apabila mencatat nilai eksport RM1.87 bilion sehingga suku ketiga 2025, dengan Jepun kekal sebagai pengimport terbesar bernilai RM1.17 bilion.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jualan Festif Tahun Baharu Cina Kenyalang 2026 kembali meriah 2 hingga 16 Februari
Next: Pemuda PRS nyatakan sokongan penuh, Kabinet Negeri bertambah jadi 15 menteri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.