Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jualan Festif Tahun Baharu Cina Kenyalang 2026 kembali meriah 2 hingga 16 Februari
  • TEMPATAN

Jualan Festif Tahun Baharu Cina Kenyalang 2026 kembali meriah 2 hingga 16 Februari

Utusan Sarawak 4 hours ago
Dato Wee Hong Seng pada sidang media Jualan Tahun Baharu Cina Kenyalang 2026 di Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Kenyalang Park Commercial Centre sekali lagi bakal berubah menjadi antara lokasi jualan paling meriah di bandar raya ini apabila Jualan Festif Tahun Baharu Cina Kenyalang 2026 kembali berlangsung selama 15 hari mulai 2 hingga 16 Februari 2026.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, berkata tradisi jualan festif yang bermula sejak era sebelum wujudnya kompleks membeli-belah moden itu kekal sebagai antara perayaan komuniti paling signifikan kepada warga Kuching.

“Jualan Tahun Baharu Cina di Kenyalang bukan sekadar aktiviti membeli-belah. Ia sudah menjadi budaya setempat yang menghubungkan komuniti dan mewujudkan kemeriahan di kawasan ini saban tahun,” katanya pada Jualan Tahun Baharu Cina Kenyalang 2026 di sini, hari ini. 

Beliau berkata permohonan permit dibuka kepada umum dari 2 hingga 15 Disember 2025, dengan lokasi jualan kekal berlangsung di Kenyalang Park Commercial Centre. Seperti amalan biasa, pemilik dan penyewa lot kedai diberi keutamaan, dan setiap lot boleh memohon maksimum dua ruang niaga.

Kadar permit juga tidak berubah, iaitu RM100 untuk pemilik atau penyewa lot kedai dan RM150 untuk orang awam.

“Sebanyak 277 gerai disediakan bagi penganjuran tahun depan. Daripada jumlah itu, 106 gerai diperuntukkan kepada pemilik serta penyewa lot kedai, manakala 171 gerai dibuka kepada orang awam,” jelasnya.

Namun menurut Dato Wee, kepentingan penganjuran itu jauh melangkaui angka dan tarikh. Jualan festif tersebut memainkan peranan besar dalam memelihara warisan budaya komuniti Kenyalang serta memberi ruang kepada usahawan mikro menjana pendapatan.

“Ramai peniaga di Kenyalang ialah usahawan berasaskan rumah yang menghasilkan kuih, kraftangan dan barangan perayaan sendiri. Bagi mereka, tapak ini bukan hanya tempat berniaga, tetapi peluang menambah pendapatan, membina rangkaian pelanggan dan berkongsi kreativiti dengan masyarakat,” ujarnya.

Beliau turut menyifatkan usaha itu selaras dengan nilai SDG 8 berkaitan pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi inklusif.

Tambahnya, kesinambungan penganjuran oleh MBKS bukan sahaja menyokong sumber rezeki penduduk setempat, malah memupuk semangat keusahawanan serta mengekalkan identiti unik Kenyalang sebagai kawasan komuniti yang hidup dan berbudaya.

“Saya menggalakkan orang ramai datang ke Kenyalang pada Tahun Baharu Cina nanti. Sokong peniaga tempatan kita, raikan bersama mereka dan teruskan tradisi komuniti yang amat kita hargai demi budaya serta pembangunan ekonomi,” katanya.

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DUN: 55 juta pokok ditanam, Sarawak lebihi sasaran nasional, Sabal jadi hab ekopelancongan baharu
Next: DUN: Penguatkuasaan hutan diperkasa, 81 kes disiasat, rampasan hidupan liar meningkat di sempadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.