Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hampir 200 terkorban dalam tanah runtuh, banjir di Sri Lanka
  • GLOBAL

Hampir 200 terkorban dalam tanah runtuh, banjir di Sri Lanka

Utusan Sarawak 10 hours ago
KAWASAN di seluruh ibu negara Sri Lanka turut dilanda banjir selepas taufan kuat membawa hujan lebat dan tanah runtuh, dengan hampir 200 maut dan puluhan lagi hilang. Foto AFP

COLOMBO: Angka rasmi korban akibat banjir dan tanah runtuh di Sri Lanka meningkat kepada 193 pada Ahad, dengan 228 lagi masih hilang, menurut Pusat Pengurusan Bencana, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Beberapa kejadian tanah runtuh baharu turut dilaporkan pada Ahad di kawasan tengah negara itu, manakala sebuah empangan takungan air pecah di sebuah kampung di timur laut.

Sebahagian besar kematian disebabkan kejadian tanah runtuh di Daerah Kandy dan Badulla di kawasan tengah. Lebih 1 juta orang telah dipindahkan.

PIHAK berkuasa Sri Lanka menangani banjir meningkat selepas Taufan Ditwah menyebabkan kemusnahan dan meragut sekurang-kurangnya 159 nyawa. Foto AFP

Hujan mulai reda selepas ribut Ditwah bergerak meninggalkan negara itu menuju ke selatan India pada Sabtu.

Pasukan mencari dan menyelamat Sri Lanka dengan bantuan pasukan dari India terus memindahkan mangsa yang terperangkap di kawasan terjejas banjir melalui udara, selain menyalurkan bahan bantuan.

Bencana itu mengakibatkan lebih 5,000 rumah musnah atau rosak sebahagiannya, jalan raya serta jambatan hanyut dan turut merosakkan talian elektrik.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Hong Kong berkabung, bendera dikibar separuh tiang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.