Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Integrasi SarawakPass-MyDigital ID permudah akses digital rakyat
  • TEKNOLOGI

Integrasi SarawakPass-MyDigital ID permudah akses digital rakyat

Utusan Sarawak 9 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar bersama Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Dr. Megat Zuhairy Megat Tajuddin serta tetamu kehormat yang lain. Foto Shahrul Qaizat

PETRA JAYA: Pengguna perkhidmatan digital kerajaan Sarawak dan Persekutuan bakal menikmati akses yang lebih mudah dan lancar susulan integrasi SarawakPass dengan MyDigital ID, yang sekali gus menyatukan dua platform identiti digital utama negara.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, penyelarasan ini akan membolehkan rakyat menggunakan satu identiti digital yang diiktiraf di peringkat negeri dan nasional tanpa perlu melalui proses pengesahan berulang.

“Insya-Allah, keselamatan data pengguna SarawakPass tetap terpelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Menandatangani dan Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan berhubung integrasi kedua-dua sistem itu di Dewan Kenyalang, Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar bersama Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Dr. Megat Zuhairy Megat Tajuddin serta tetamu kehormat yang lain. Foto Shahrul Qaizat

Beliau berkata, kerjasama bersama Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) memastikan proses integrasi mematuhi standard keselamatan siber yang ditetapkan, sekali gus meminimumkan risiko pencerobohan dan penyalahgunaan data.

Menurut kenyataan media, integrasi itu akan membuka capaian rentas platform, pengguna SarawakPass boleh mengakses perkhidmatan Persekutuan yang memerlukan MyDigital ID, manakala pengguna MyDigital ID boleh log masuk ke perkhidmatan digital kerajaan Sarawak.

Pendekatan ini dijangka mewujudkan pengalaman digital yang lebih seragam dan mudah digunakan oleh rakyat.

Majlis berkenaan turut disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

MoU ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Ketua Eksekutif NACSA, Ir. Dr. Megat Zuhairy Megat Tajuddin.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Pertanian pintar, digitalisasi ladang fokus transformasi Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.