Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • SPRM nafi acukan pistol di kepala Albert Tei
  • JENAYAH

SPRM nafi acukan pistol di kepala Albert Tei

Utusan Sarawak 6 hours ago
PENGAMAL media mula berkampung di luar pekarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak kira-kira 2.00 petang tadi bagi membuat liputan mengenai Bekas Setiausaha Politik Kanan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang hadir untuk memberi keterangan berhubung dakwaan pemberian rasuah oleh seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Albert Tei. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan ahli perniagaan Albert Tei, di rumahnya di Puchong, Selangor pagi tadi.

Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dalam kenyataan berkata penahanan lelaki itu dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“SPRM juga ingin menafikan berlakunya situasi di mana pegawai suruhanjaya ini mengacukan senjata di kepala ahli perniagaan Albert Tei ketika tangkapan dilakukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Berikutan itu, Azam berkata satu laporan polis telah dibuat hari ini bagi membolehkan pihak berkuasa terbabit menjalankan siasatan atas fitnah yang dibuat terhadap pegawai SPRM berkenaan.

Beliau berkata laporan polis itu juga bagi memastikan tiada pihak tertentu menyebarkan sebarang berita tidak sahih yang berkemungkinan dengan niat bagi mengganggu siasatan SPRM.

Terdahulu, media melaporkan SPRM menyerbu dan menahan ahli perniagaan berkenaan di rumahnya di Puchong pagi tadi.

-Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua suspek ‘keldai akaun’ ditahan polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.