Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Kabong perlu lonjakan pelancongan, ekonomi tempatan diberi tumpuan
  • SEMASA

DUN: Kabong perlu lonjakan pelancongan, ekonomi tempatan diberi tumpuan

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) pada persidangan DUN ke-19, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Daerah Kabong semakin dikenali di pentas antarabangsa menerusi penganjuran Maraton Laluan Pantai Antarabangsa Kabong (KIBTM) dan Festival Layang-Layang Antarabangsa Kabong (KIKF) yang bukan sahaja merancakkan sektor pelancongan, malah memberi impak langsung kepada ekonomi komuniti setempat.

Dato Mohd Chee Kadir (Kabong-GPS) berkata kedua-dua acara berkenaan terbukti mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negara sehingga membuka peluang pendapatan kepada pengusaha inap desa, peniaga makanan, penggiat seni kreatif serta usahawan kraf tangan.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 pada Persidangan hari ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini.

Menurutnya, kejayaan tersebut wajar diperkukuh dengan menempatkan KIBTM dalam kalendar pelancongan rasmi Sarawak disertai sokongan dana khas agar penganjurannya lebih teratur dan bertaraf antarabangsa.

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa pembangunan ekonomi tempatan Kabong perlu memberi tumpuan khusus kepada nelayan, usahawan dan pelancongan, memandangkan pendapatan kebanyakan nelayan masih bergantung kepada musim.

Jelasnya, sokongan kerajaan seperti bantuan bot, enjin dan jaring moden harus dipertingkat bagi memastikan golongan nelayan dapat meningkatkan hasil serta daya saing.

Mohd Chee turut menarik perhatian mengenai isu had umur 40 tahun bagi Lesen Sampan Khas yang disifatkan menyukarkan golongan nelayan muda berumur antara 18 hingga 40 tahun.

“Had umur wajar diturunkan kepada 18 tahun agar lebih inklusif, meningkatkan pematuhan peraturan, mengurangkan jumlah bot tanpa lesen serta memastikan kebajikan komuniti nelayan yang menjadi tulang belakang ekonomi pesisir Kabong terus terpelihara,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memohon agar kerajaan negeri melalui Jabatan Perikanan Sarawak menilai semula syarat umur berkenaan supaya peluang golongan belia nelayan untuk menceburi pekerjaan sah, stabil dan mampu menyara keluarga tidak terhalang.

Oleh Norman B

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Megat Ardian sah dilantik CEO AirBorneo, lapor diri 1 Januari 2026
Next: Jalan, jambatan di Telang Usan/Ulu Baram perlu dibina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.