Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SADA perkukuh pengurusan aset pelancongan melalui lawatan penanda aras ke Miri
  • TEMPATAN

SADA perkukuh pengurusan aset pelancongan melalui lawatan penanda aras ke Miri

Utusan Sarawak 7 hours ago

Delegasi SADA pada lawatan penanda aras selama dua hari ke Miri bagi perkukuh perancangan pengurusan aset pelancongan serta pembangunan bandar pintar di Bahagian Sri Aman. Foto: SADA

MIRI: Delegasi Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman (SADA) mengadakan lawatan penanda aras selama dua hari ke Majlis Bandaraya Miri (MCC) dan Rizab Alam Semula Jadi Piasau (PNR) bagi memperkukuh perancangan pengurusan aset pelancongan serta pembangunan bandar pintar di Bahagian Sri Aman.

Lawatan yang dianjurkan Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) dengan kerjasama Sekretariat SADA itu diketuai Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh mewakili Pengerusi SADA, dan turut disertai pegawai kanan daerah serta wakil beberapa agensi termasuk Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan.

Delegasi disambut Timbalan Datuk Bandar Miri, Ariffin Mohamad sebelum menghadiri dua sesi perkongsian oleh MCC yang memberi tumpuan kepada Inisiatif Bandar Pintar dan Pengurusan Pusat Kraftangan Miri.

Delegasi turut melawat Pusat Kawalan Bandar Pintar Miri, aras atas bangunan Majlis Bandaraya Miri, serta Pusat Kraf untuk meninjau amalan terbaik dalam pengurusan bandar dan aset pelancongan.

Pada hari kedua, delegasi meneruskan lawatan ke Rizab Alam Semula Jadi Piasau yang diterima oleh Pegawai SFC Wilayah Miri, Louis Velda. Di sini, mereka diberi pendedahan mendalam mengenai pengurusan Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPAs), konservasi hidupan liar serta struktur pentadbiran kawasan perlindungan di bawah Perbadanan Perhutanan Sarawak.

Delegasi SADA pada lawatan penanda aras selama dua hari ke Miri bagi perkukuh perancangan pengurusan aset pelancongan serta pembangunan bandar pintar di Bahagian Sri Aman. Foto: SADA

Delegasi turut menghadiri beberapa sesi taklimat termasuk peranan SFC, pengurusan hidupan liar, pelan pengurusan aset dalam TPAs, selain melawat Pusat Interpretasi PNR dan Rumah 58 yang menjadi pusat konservasi burung Enggang.

Residen Bahagian Sri Aman menyatakan keyakinan bahawa lawatan ini akan memberi input penting dalam membantu SADA merangka model pengurusan aset pelancongan yang lebih efektif, sekali gus memperkukuh perancangan pembangunan yang sedang dirangka untuk Bahagian Sri Aman.

Kerjasama erat antara SADA, SFC, MDSA dan agensi teknikal di bawah Jawatankuasa Kerja Pembangunan Ekonomi SADA diharap dapat memperhebat strategi pembangunan pelancongan di wilayah itu.

Sementara itu, Pengerusi SADA, Dato Sri Rohani Abdul Karim turut berharap agar lawatan ini dapat memberikan nilai tambah kepada perancangan pembangunan projek yang SADA di Bahagian Sri Aman. 

Beliau menegaskan bahawa pengalaman dan pembelajaran hasil lawatan ini amat penting dalam membantu SADA memperhalusi model pengurusan aset pelancongan, meningkatkan keupayaan agensi pelaksana, serta memastikan setiap projek yang dirancang dapat dilaksanakan secara teratur, lestari dan berimpak tinggi.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: APACE 2026 lonjak Sarawak sebagai pemain utama aeroangkasa hijau serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.