Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: ‘Tangkap Zaid, haramkan masuk Sarawak’ – Datuk Hamzah Brahim 
  • SEMASA

DUN: ‘Tangkap Zaid, haramkan masuk Sarawak’ – Datuk Hamzah Brahim 

Utusan Sarawak 9 hours ago
PANAS… Datuk Hamzah Brahim (Stakan–GPS) ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 pada Persidangan DUN Sarawak ke-19, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Seorang penyokong kerajaan hari ini menggesa agar bekas menteri undang-undang, Datuk Seri Zaid Ibrahim ditangkap serta disenaraihitamkan daripada memasuki Sarawak susulan kenyataannya yang didakwa cuba mencetuskan perpecahan berhubung kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia.

Datuk Hamzah Brahim (Stakan–GPS), berkata undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia sudah cukup jelas untuk digunakan terhadap mana-mana individu yang membuat kenyataan melampau mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan status Sarawak dalam Persekutuan.

“Kita ada Akta Hasutan, kita ada Akta Komunikasi dan Multimedia, kenapa tidak guna akta ini untuk tangkap Zaid?,” katanya ketika berbahas dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Hamzah menyifatkan kenyataan Zaid berkaitan Sarawak ‘keluar Malaysia’ sebagai satu bentuk hasutan yang mampu menggugat keharmonian dan keselamatan negara.

“Kalau Zaid boleh bercakap tentang Sarawak keluar Malaysia, itu satu jenayah. Kalau jenayah ini dihalalkan, apa bezanya dengan merompak atau mencuri?” tegasnya.

Timbalan Speaker DUN, Datuk Idris Buang yang mempengerusikan sesi itu, turut menyatakan persetujuan dengan pandangan tersebut.

“Kalau seorang bekas menteri dan peguam boleh bercakap sewenang-wenangnya mahu ‘pecah-belahkan’ Malaysia, apa lagi rakyat marhaen? Saya setuju, Zaid harus ditangkap,” katanya.

Hamzah kemudian menegaskan semula bahawa tindakan segera perlu diambil tanpa perlu menunggu laporan polis.

“Kalau kita nampak orang dibunuh di pasar raya, adakah kita tunggu laporan polis dulu? Perbuatan Zaid jelas menghasut dan memfitnah. Tak perlu tunggu laporan, terus tangkap,” ujarnya.

Dato Idris Buang, turut menambah bahawa kesalahan seperti itu termasuk di bawah Akta Hasutan yang membolehkan rampasan dan penangkapan sambil meminta Kerajaan Persekutuan mengambil perkara tersebut sebagai isu serius.

Hamzah menutup ucapan dengan menggesa tindakan serta-merta.

“Saya harap pihak berkuasa jangan tunggu esok, petang ini tangkap terus,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Wanita di sebalik pemimpin: Warisan kasih, kesabaran arwah ibu diangkat anak
Next: Keberkesanan skim mySalam perlu dinilai semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.