Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sri Lanka
  • GLOBAL

Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sri Lanka

Utusan Sarawak 5 hours ago
BANJIR dan tanah runtuh sejak 17 November mengorbankan 31 nyawa di Sri Lanka, dengan ribuan penduduk terjejas serta amaran cuaca buruk terus dikeluarkan pihak berkuasa.

ANKARA: Sekurang-kurangnya 31 orang terkorban manakala 14 lagi dilaporkan hilang akibat banjir besar dan tanah runtuh yang melanda seluruh Sri Lanka dalam tempoh kurang dua minggu, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan pada Khamis.

Operasi menyelamat diteruskan di kawasan yang teruk terjejas ketika negara kepulauan itu masih berdepan cuaca buruk, termasuk hujan lebat, paras air banjir yang meningkat dan tanah runtuh berterusan sejak 17 November, sehingga menjejaskan rutin harian di beberapa daerah, menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris tempatan, Daily Mirror.

PENDUDUK meredah jalan yang dinaiki air selepas hujan lebat. Foto AFP

Menurut Pusat Pengurusan Bencana, lebih 4,000 penduduk di 17 daerah terjejas teruk akibat cuaca buruk, manakala 10 individu cedera dalam tempoh tersebut.

Daerah Batticaloa mencatatkan lebih 300 milimeter hujan, jumlah yang dianggap sangat tinggi bagi satu tempoh.

Sistem tekanan rendah kekal berpusat di negara itu, menyebabkan tiupan angin kencang dan gelombang hujan lebat berulang.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran tanah runtuh tahap merah untuk lapan daerah berisiko tinggi, menandakan ancaman serius di kawasan lereng curam, penempatan di kawasan tanah tinggi dan zon yang terdedah.

Penduduk di daerah yang terlibat dinasihatkan supaya berwaspada, mengelakkan perjalanan tidak perlu dan bersedia untuk pemindahan segera.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Terkini: Angka korban kebakaran Hong Kong meningkat kepada 55 orang
Next: Ribut tropika Koto: PM Vietnam arah pemantauan dan kesiagaan maksimum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.