Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Cadangan penubuhan bandar baharu Opar demi pembangunan mampan
  • SEMASA

DUN: Cadangan penubuhan bandar baharu Opar demi pembangunan mampan

Utusan Sarawak 7 hours ago
BILLY Sujang (Opar-GPS) ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026), 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19, di sini, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Penubuhan bandar baharu Opar dicadangkan bagi menampung pertumbuhan penduduk serta memenuhi keperluan pembangunan komersial, komuniti, pelancongan, perdagangan rentas sempadan dan pelancongan perubatan di kawasan berkenaan.

Billy Sujang (Opar- GPS) berkata, Bajet 2026 mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh ekonomi Sarawak, menjaga kesejahteraan rakyat dan mempersiapkan negeri menghadapi ketidaktentuan global. Katanya, usaha merancang bandar baharu di Opar amat relevan berikutan perkembangan pesat di kawasan tersebut.

Billy menjelaskan bahawa Opar kini menunjukkan pertumbuhan penduduk yang stabil serta peningkatan permintaan terhadap kemudahan komersial, kediaman dan fasiliti komuniti.

Jelasnya, tanpa perancangan bandar yang teratur, potensi besar Opar dalam pelancongan, pertanian, perdagangan rentas sempadan, pelancongan perubatan dan pembangunan komuniti tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Beliau berkata demikian ketika membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, di sini, hari ini. 

Beliau turut mengulas lanjut terhadap beberapa projek utama yang sedang berjalan, termasuk Kluster Makanan Metropolitan (MFC) di Stungkor, Jambatan Selampit, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak, Loji Rawatan Air baharu Lundu, penaiktarafan jalan akses serta pelbagai pembangunan komuniti di bawah Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA).

Katanya, perkembangan itu meletakkan Opar pada kedudukan strategik sebagai pusat pertumbuhan baharu wilayah selatan Sarawak.

“Ini masa yang tepat. Opar bersedia dan rakyat berhak menerima pembangunan terancang ini,” tambahnya sambil berharap perancangan Bandar Baharu Opar mendapat pertimbangan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dalam perbahasan sama, Billy turut menggesa agar pengukuran dan dokumentasi tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Opar dipercepatkan bagi memberikan kepastian, keselamatan dan pengiktirafan kepada penduduk. 

Beliau berkata, daripada 58 kampung di kawasan berkenaan, hanya sebahagian kecil telah menerima geran tanah walaupun banyak kampung sudah melalui pengukuran awal.

Katanya, kelewatan dokumentasi menyebabkan penduduk berdepan kesukaran membangunkan tanah, tidak mampu mendapatkan sokongan kewangan bagi pertanian, berisiko menghadapi pertikaian sempadan dan bimbang kehilangan tanah kepada tuntutan pihak lain.

Sehubungan itu, beliau memohon agar satu peruntukan khas di bawah Bajet 2026 disediakan bagi mempercepat kerja-kerja pengukuran dan pengesahan tanah NCR, termasuk penambahan pasukan ukur di lapangan serta proses pengesahan lebih cepat oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS).

“Dana khas ini akan mempercepatkan pengeluaran geran sekali gus membantu komuniti luar bandar terlibat sepenuhnya dalam aktiviti pertanian, komersial dan pembangunan di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030),” katanya.

Oleh Norman B

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Lambakan kontraktor China jejas syarikat tempatan — Chong
Next: DUN: Peningkatan penyakit berjangkit, internet lemah dan gangguan bekalan asas dibangkitkan ADUN Tebedu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.