Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Teater Muzikal Lagenda Melanau ‘Tugau’
  • HIBURAN

Teater Muzikal Lagenda Melanau ‘Tugau’

Utusan Sarawak 5 hours ago
POSTER Teater Lagenda Melanau ‘Tugau’

KUCHING:  Karya Teater 2025 bakal menampilkan sebuah pementasan yang mengangkat warisan seni budaya etnik tempatan melalui pementasan Teater Muzikal Lagenda Melanau ‘Tugau’.

Pementasan ini akan berlangsung selama dua (2) hari pada 29 hingga 30 November 2025, 8.00 malam, bertempat di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak.

Pementasan ini direalisasikan melalui kerjasama erat antara Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Sarawak dengan Persatuan Teater Sanggar Kreatif Kuching dalam memperkaya ekosistem seni persembahan tempatan serta mengangkat karya etnik ke pentas arus perdana.

Susulan pembentangan Belanjawan 2024 yang memperuntukkan sebanyak RM60 juta bagi memartabatkan seni, budaya, bahasa dan sastera kebangsaan, program pementasan Karya Agung mula dilaksanakan pada Oktober 2024 sebagai platform mengangkat karya-karya kreatif tempatan ke persada arus perdana.

Pada tahun 2025, sebanyak 16 buah karya telah disenaraikan untuk dipentaskan di bawah inisiatif Karya Teater.

Sarawak turut tersenarai sebagai salah satu penganjur utama tahun ini, sekaligus memperlihatkan komitmen serta kemampuan negeri tersebut dalam menghasilkan karya berkualiti tinggi yang mencerminkan identiti budaya dan seni tempatan.

Teater Muzikal Lagenda Melanau “Tugau” mengisahkan kemunculan seorang lelaki misteri yang tiba di Negeri Kuala Pasai dan kemudiannya diberi nama Tugau oleh penduduk tempatan.

Dengan karisma dan kekuatan luar biasa, Tugau mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja dan tampil sebagai pemerintah baharu Kuala Pasai.

Beliau memiliki sebuah tombak sakti yang menjadi lambang kekuasaan serta pelindung kepada naungan yang dipimpinnya.

Di puncak kekuasaannya, Tugau jatuh hati kepada seorang gadis tempatan bernama Tuyang, dan perkahwinan mereka membuka lembaran baharu dalam pemerintahan Kuala Pasai.

Dengan menggabungkan elemen muzik, tarian dan lakonan, “Tugau” berperanan sebagai medium penting dalam memelihara, memperkenal dan memartabatkan warisan budaya Melanau kepada generasi masa kini.

Pementasan ini bukan sahaja menyemarakkan kembali khazanah seni tradisional yang semakin terpinggir, malah berfungsi sebagai wadah pendidikan, penyatuan komuniti dan pengukuhan identiti budaya di Sarawak.

Melalui adaptasi kisah lagenda ke pentas moden, Teater Muzikal Lagenda Melanau “Tugau” menjadi bukti bahawa warisan seni budaya tempatan terus relevan, wajar dipertahankan untuk tatapan masa depan.

Pementasan ini merupakan hasil karya Zaini Ozea dan Glen Walford, arahan oleh Mohd Zohren Sahari Che, serta menampilkan barisan pelakon hebat anak tempatan Sarawak iaitu Anding Indrawani, Michelle Lungan, Azam Pitt, Elya Mustaghfirin, Fatnullah Basri dan Khaiqal.

Tiket untuk menyaksikan pementasan Teater Muzikal Tugau 2025 ditawarkan pada harga yang berpatutan, iaitu RM20.00 dan RM30.00.

Tempahan tiket boleh dibuat melalui perkhidmatan sistem tiket digital cloudjoi.com. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan epik ini dan menyaksikan sendiri keindahan seni dan budaya Sarawak.

Untuk maklumat lanjut program, boleh melayari laman rasmi sosial media JKKN Sarawak Edisi Baharu. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program ini boleh hubungi urusetia di talian 082 – 422006.

Continue Reading

Previous: Pelakon Dharma Harun Al-Rashid meninggal dunia
Next: Andmesh anggap konsert ‘A Night With Andmesh Kamaleng’ sebagai impian jadi kenyataan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.