Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 17 bot baharu bot ditempatkan di kawasan berisiko banjir
  • TEMPATAN

17 bot baharu bot ditempatkan di kawasan berisiko banjir

Utusan Sarawak 6 hours ago
JBPM Sarawak telah menerima 17 bot baharu untuk ditempatkan di kawasan yang sering terjejas banjir bagi mempercepatkan gerak kerja penyelamatan.

KUCHING: Sebanyak 17 bot baharu yang diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, ditempatkan di kawasan yang sering terjejas banjir bagi mempercepatkan gerak kerja penyelamatan.

Pengarahnya, Jamri Masran berkata aset baharu itu adalah daripada keseluruhan 150 unit yang diperoleh menerusi ‘rolling plan’ peruntukan RMK-12.

“Ini sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

“Kesiapsagaan operasi, logistik dan latihan teknikal merupakan keutamaan jabatan dalam menghadapi musim monsun.

“Pemeriksaan berkala terhadap aset seperti bot penyelamat, peralatan dan sistem komunikasi serta peralatan pencahayaan mudah alih perlu sentiasa dipastikan berada dalam keadaan terbaik.

“Tidak ada kompromi dalam soal keselamatan dan kesempurnaan fungsi aset. Penempatan aset dipertingkatkan di kawasan berisiko tinggi untuk mengurangkan masa gerak kerja,” katanya.

SIMBOLIK…Dato Wee Hong Seng melakukan simbolik pelepasan aset kenderaan JBPM di Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, hari ini.

Majlis berkata demikian pada majlis pelancaran kesiapsiagaan diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, hari ini.

Ia dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng yang mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Jamri berkata latihan teknikal seperti penyelamatan air deras, penggunaan peralatan khas, pengendalian mangsa dan penyelarasan pusat pemindahan awam akan terus diperkukuh.

Latihan berkaitan pengurusan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), 01 juga diberi penekanan agar tindakan di lapangan lebih teratur dan efektif.

“Penguasaan SOP amat penting kerana ia memastikan tindakan yang diambil tepat, selamat dan berkesan,” tambahnya.

Jamri turut mengingatkan bahawa setiap anggota perlu sentiasa menjaga keselamatan kendiri ketika melaksanakan tugas.

“Walaupun tugas kita menyelamatkan orang lain, keselamatan diri sendiri tidak boleh dikorbankan. Disiplin pemakaian PPE, pemantauan keletihan, rehat mencukupi serta kerja berpasukan perlu menjadi budaya,” katanya.

Menurutnya lagi, hubungan dengan komuniti turut menjadi elemen penting dalam kesiapsiagaan menghadapi monsun.

“Kempen kesedaran, latihan kecemasan komuniti dan penyampaian maklumat awal perlu dipertingkat. Masyarakat ialah rakan kerjasama terbesar kita,” katanya.

Oleh Norman B.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: PRN Sabah: Elak bertindak balas terhadap provokasi, patuhi arahan operasi
Next: Toh Puan Fauziah hadiri Program Seni Sulaman Keringkam di Wisma SABATI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.