Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Sarawak sedia rangka kerja kukuh pacu penggunaan EV menjelang 2026
  • SEMASA

DUN: Sarawak sedia rangka kerja kukuh pacu penggunaan EV menjelang 2026

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Dr Hazland pada sesi soal-jawab di sidang DUN hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Sarawak terus memperkukuh dasar dan infrastrukturnya bagi mempercepat penggunaan kenderaan elektrik menjelang 2026, sebagai sebahagian komitmen negeri untuk beralih kepada mobiliti rendah karbon yang lebih bersih dan mampu milik.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata usaha tersebut digerakkan melalui penyediaan asas kukuh melibatkan kenderaan elektrik bateri, hibrid dan teknologi hidrogen sel bahan api.

“Dasar automotif negara ketika ini memberi pengecualian duti eksais bagi kenderaan elektrik siap bina, namun insentif ini dijangka tamat pada akhir 2025 bagi menggalakkan lebih banyak pemasangan tempatan.


“Bagi Sarawak, kita menyokong peralihan ini melalui dua dasar utama iaitu Dasar Peralihan Tenaga Sarawak (SET-P) dan Pelan Kelestarian Sarawak (SSB) yang menjadi pemacu pembangunan rangkaian pengecas EV, loji pengeluaran hidrogen serta stesen isian semula hidrogen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mong Dagang (GPS–Bukit Begunan) pada sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Hazland berkata dasar-dasar tersebut memastikan infrastruktur mobiliti hijau berkembang seiring peningkatan penggunaan EV, sekali gus memberi keyakinan kepada rakyat untuk beralih kepada teknologi bersih yang mudah diakses.

Katanya, kerjasama sektor swasta turut mempercepat pembangunan rangkaian tersebut, termasuk Sarawak Energy Berhad, SEDC Energy, Gentari dan beberapa pengendali titik pengecas lain yang memainkan peranan besar dalam menyediakan kemudahan secara lebih meluas dan inklusif.

Menurut beliau, pemilik EV juga terus menikmati pengecualian cukai jalan sejak 2022 yang berterusan sehingga 31 Disember 2025, sebelum struktur baharu diperkenalkan mulai 1 Januari 2026.

“Struktur baharu ini menawarkan kadar lebih rendah berdasarkan kuasa output EV. Ia bukan sahaja meringankan beban pengguna, malah menunjukkan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan teknologi yang lebih bersih dan mesra alam,” katanya.

Oleh ADELE RISSA 

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak teliti penubuhan Fakulti Perubatan dan Kejururawatan atasi kekurangan doktor, jururawat
Next: DUN: 54% doktor ditugaskan tidak lapor diri, Sarawak mahu tubuh fakulti perubatan sendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.