Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Isu judi online: ‘Kalau ada premis (judi), saya sendiri gempur’ – Pesuruhjaya Polis Sarawak
  • TEMPATAN

Isu judi online: ‘Kalau ada premis (judi), saya sendiri gempur’ – Pesuruhjaya Polis Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
JELASKAN… Datuk Mohamad Zainal Abdullah ketika ditemui pemberita selepas ketika ditemui pemberita selepas majlis pelepasan Bantuan Sumber Manusia Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, di Dewan Terbuka IPK Sarawak, di Kuching hari ini.

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah menegaskan beliau sendiri akan turun menggempur mana-mana kedai kopi atau premis di negeri ini yang dikesan menjadi lokasi perjudian, sambil memberi jaminan tindakan tegas akan diambil sebaik sahaja menerima maklumat sahih berhubung aktiviti itu.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kritikan netizen yang mempersoal usaha polis menangani perjudian dalam talian dan premis yang dipercayai menjadi tumpuan kaki judi.

“Kalau tuan-tuan kata banyak kedai judi ni tidak digempur… tuan-tuan lapor kepada saya. Saya akan gempur. Saya sendiri akan turun,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelepasan Bantuan Sumber Manusia Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, di Dewan Terbuka IPK Sarawak, di sini, hari ini.

Menurut beliau, trend perjudian kini tidak lagi tertumpu di premis seperti dahulu, sebaliknya kebanyakan individu hanya membeli top-up atau kredit sebelum bermain secara dalam talian melalui telefon masing-masing.

“Masalahnya sekarang mereka hanya membeli top-up. Dan top-up ni sekarang pun tak perlu pergi (premis), daripada telefon pun boleh,” katanya sambil menjelaskan keadaan itu menyukarkan tindakan penguatkuasaan ke atas lokasi fizikal.

Pada masa sama, Mohamad Zainal berkata PDRM kini memberi tumpuan kepada usaha menyekat sistem perjudian dalam talian melalui kerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(MCMC), Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak(SDEC) dan mana-mana agensi yang bertanggungjawab.

“Saya sendiri pun baru sahaja bertugas di sini, dan dulu tidak ada teknologi yang boleh menyekat, dan sekarang saya percaya sudah ada.

“Kalau dulu mereka berjudi secara fizikal, tiada sistem seperti judi online sekarang. Sekarang bila mereka beralih kepada trend online, kita juga kena cari cara bagaimana nak sekat sistem itu sendiri,” jelasnya.

Beliau pada masa sama mengingatkan mana-mana pegawai dan anggota polis agar menjauhi aktiviti perjudian, khususnya judi dalam talian, kerana ia bukan sahaja menjejaskan prestasi kerja.

Katanya, pegawai yang terlibat berisiko membawa kepada tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja sekiranya keterhutangan dan masalah kewangan menjadi serius.

“Tidak ada faedah. Mungkin sehingga menyebabkan melakukan jenayah lain dan akhirnya dibuang kerja bila hutang itu menjadi serius,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: PBB Ba’kelalan anjur Pra Krismas 12 Disember, eratkan hubungan masyarakat majmuk
Next: Hargai peranan bomba sentiasa di depan ketika bencana – Wee

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.