Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rumah Amban Danis Libas Sungai Antu, Krian terima bekalan elektrik 24 jam hasil peruntukan RTP 
  • Tengah
  • WILAYAH

Rumah Amban Danis Libas Sungai Antu, Krian terima bekalan elektrik 24 jam hasil peruntukan RTP 

Utusan Sarawak 3 hours ago
KAKITANGAN SEB sedang melakukan pemasangan bekalan elektrik di Rumah Amban Danis Libas, Sungai Antu Krian. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Penduduk di Rumah Amban Danis Libas, Sungai Antu Krian kini menikmati bekalan elektrik 24 jam selepas projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) berjaya disiapkan, sekali gus memberi keselesaan baharu kepada komuniti di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, kemudahan tersebut amat signifikan dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk luar bandar yang sebelum ini berdepan kekangan akses kepada elektrik.

“Melalui peruntukan RTP, penduduk kini dapat menarik nafas lega apabila dapat menikmati bekalan elektrik yang lebih stabil, selamat dan mampu membantu memudahkan urusan harian mereka,” katanya.

Mohamad Duri menegaskan bahawa usaha memperhebat kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air terawat di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka akan terus menjadi keutamaan.

“Matlamat kita adalah memastikan semua penduduk di DUN Kalaka menikmati kemudahan asas sepenuhnya menjelang 2030,” jelasnya.

Menurut beliau, pelaksanaan projek oleh Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) membuktikan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuh pembangunan luar bandar.

“Ini juga membuktikan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa mendengar keluhan rakyat, mengenal pasti masalah dan bertindak menyelesaikannya,” tambah Mohamad Duri.

Penduduk Rumah Amban Danis Libas kini dapat menikmati kemudahan lebih selesa dan selamat, sejajar dengan usaha kerajaan negeri untuk merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Piala Presiden Pestasa 2025 tawar hadiah RM1,000, 24 pasukan bakal berentap
Next: Jalan alternatif Sungai Nyiar akan dibina bawah peruntukan RTP – ADUN Kalaka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.