Bengkel di Bekenu diserbu orang ramai

Facebook
WhatsApp

ADUM LIU

BEKENU : Bengkel kenderaan yang dibenarkan beroperasi pada Selasa dan Khamis semasa penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) didapati diserbu orang ramai di sini semalam.

Tinjauan rambang di beberapa bengkel di sini mendapati ramai orang berkunjung ke bengkel berkenaan untuk membaik pulih dan servis kenderaan masing-masing.

Menurut seorang penduduk Rumah Panjang Seloi yang enggan disebutkan nama berkata, hanya Selasa dan Khamis sahaja peluang yang ada untuk membaiki kenderaan pada PKP ini.

Katanya, Selasa lepas beliau tidak berkesempatan untuk membaiki kenderaan kerana terlalu banyak kenderaan untuk tujuan sama.

Di sini terdapat tujuh bengkel kenderaan dan pada Selasa lepas telah dipenuhi dengan kenderaan.

Sungguhpun kedudukan rumah panjangnya ke sini sekitar 30 kilometer, semalam beliau bersyukur kerana dapat datang awal untuk membaiki kenderaannya, katanya.

Utusan Sarawak difahamkan bengkel kenderaan di pekan Batu Niah dan Sepupok turut mengalamai keadaan serupa. Antara kenderaan yang banyak berkunjung ke bengkel berkenaan adalah jenis pancuan empat roda dan lori.

Kenderaan pancuan empat roda dan lori kebanyakannya dari rumah panjang kerana kenderaan itu penting untuk kerja mengangkut buah kelapa sawit.

Turut didapati adalah motosikal dan pelbagai mesin seperti mesin pemotong rumah, pemotong kayu, pam air dan penjana elektrik.

Penjawat awam digesa tingkat kemahiran AI

PETRA JAYA: Penjawat awam perlu memperkukuh penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tadbir urus digital bagi memastikan perkhidmatan awam negeri terus

SMK Santubong dipastikan selamat untuk murid

SANTUBONG: Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong kembali ceria apabila murid meneruskan sesi persekolahan seperti biasa selepas sekolah berkenaan

Penjawat awam digesa tingkat kemahiran AI

PETRA JAYA: Penjawat awam perlu memperkukuh penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tadbir urus digital bagi memastikan perkhidmatan awam negeri terus