Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Klinik Kesihatan Sarikei penuh, lapan rumah panjang Ulu Sungai Rusa masih tanpa air terawat
  • SEMASA

DUN: Klinik Kesihatan Sarikei penuh, lapan rumah panjang Ulu Sungai Rusa masih tanpa air terawat

Utusan Sarawak 6 hours ago
Dato Sri Huang Tiong Sii (Repok-GPS) ketika membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 pada Persidangan DUN hari ini. 

PETRA JAYA: Dua isu asas rakyat di Sarikei kembali menjadi tumpuan apabila kemudahan kesihatan sedia ada didapati tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit, manakala lapan rumah panjang di Ulu Sungai Rusa masih belum menerima bekalan air terawat.

Dato Sri Huang Tiong Sii (Repok-GPS) berkata Klinik Kesihatan Sarikei di Jalan Hospital Lama kini beroperasi pada kapasiti maksimum, menyebabkan kesesakan, kekurangan ruang dan tekanan terhadap kakitangan kesihatan.

“Sebagai pusat rawatan asas, ruang yang sempit dan kemudahan terhad telah menjejaskan kualiti perkhidmatan serta keselesaan pesakit.

“Klinik sedia ada tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 pada Persidangan DUN di sini, hari ini.

Beliau memohon agar projek pembinaan Poliklinik Baharu di Lot 1120, Block 33, Sarikei Town Land District dijadikan keutamaan di bawah Belanjawan 2026 agar masalah tersebut dapat ditangani segera.

Pada masa sama, beliau turut menarik perhatian Dewan mengenai masih wujud komuniti pedalaman yang belum menikmati akses air terawat, khususnya penduduk di Sungai Mawang dan Sungai Kuap di Ulu Sungai Rusa.

“Lapan rumah panjang serta sebuah gereja di kawasan ini masih bergantung kepada air sungai dan tadahan hujan.

“Kualiti air tidak sentiasa terjamin dan boleh menjejaskan kesihatan, terutama kanak-kanak dan warga emas,” tegasnya.

Katanya, penyediaan bekalan air terawat bagi kawasan tersebut perlu dipercepatkan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk tidak terus terjejas.

Beliau menegaskan bahawa kedua-dua isu itu perlu diberi perhatian segera kerana melibatkan keperluan asas rakyat sepertu kesihatan dan air bersih. Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Delegasi Kedutaan Perancis lawat ACCCIS, teroka peluang pelaburan di Sarawak
Next: Sarawak kekal destinasi utama bagi pelabur antarabangsa dalam TBB – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.