Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pelajar keusahawanan Swinburne Sarawak teliti operasi industri di Sarawak Flour Mill
  • PENDIDIKAN

Pelajar keusahawanan Swinburne Sarawak teliti operasi industri di Sarawak Flour Mill

Utusan Sarawak 6 hours ago
 DR Gabriel Wee Wei En (barisan depan, keenam kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Jason Yap (barisan depan, kelima kiri).

KUCHING: 20 pelajar keusahawanan daripada Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak berpeluang untuk menimba pengalaman langsung operasi perindustrian berskala besar melalui lawatan baru-baru ini ke Kilang Tepung Sarawak – INTERFLOUR Malaysia.

Lawatan pada 5 November 2025 itu merupakan sebahagian daripada inisiatif SwinSPINE, program utama Fakulti Perniagaan, Rekabentuk dan Seni yang direka untuk menggalakkan pembelajaran bersepadu dengan industri.

Delegasi pelajar daripada unit ENT30015 – Melancarkan Usaha Niaga Baharu itu diketuai oleh Ketua Hab Keusahawanan Swinburne Sarawak, Dr Gabriel Wee Wei En dan disambut mesra oleh Pengurus Besar Malaysia Timur, Jason Yap, serta Pengurus Besar Sarawak Flour Mill Sdn Bhd. Wong Shey Hian.

Sepanjang lawatan, pelajar diberi penerangan terperinci mengenai proses pengeluaran tepung secara menyeluruh daripada importasi dan ujian kualiti gandum hingga ke proses pengilangan, pembungkusan dan logistik.

Mereka turut didedahkan kepada cabaran operasi pengeluaran makanan berskala besar, keperluan peraturan dan keselamatan, serta kepentingan inovasi bagi mengekalkan daya saing dalam rantaian bekalan makanan global.

Pelajar juga berinteraksi secara langsung dengan pihak pengurusan kanan bagi memahami senario perniagaan sebenar termasuk perolehan, struktur kos, pembangunan produk, penjenamaan, serta penglibatan pelanggan dalam pasaran B2B dan B2C.

PELAJAR mencuba produk makanan berasaskan tepung semasa lawatan kilang.

“Keusahawanan bukan sekadar mencipta idea baharu, tetapi juga memahami bagaimana industri beroperasi. Melalui pengalaman di persekitaran industri berprestasi tinggi seperti Kilang Tepung Sarawak, pelajar kami memperoleh pemahaman mengenai ekonomi pengeluaran, pengurusan rantaian bekalan, dan inovasi berasaskan pasaran – kompetensi utama dalam mewujudkan perusahaan,” kata Dr Wee.

Lawatan ini turut membuka peluang bagi kerjasama lebih erat antara Swinburne Sarawak dan Kilang Tepung Sarawak – INTERFLOUR Malaysia, termasuk inisiatif penyelidikan dan kajian industri, analisis pasaran, projek consumer insight, serta pembangunan reka bentuk pemasaran dan promosi.

Sebagai usaha menerapkan minda keusahawanan, pelajar digalakkan membangunkan idea mereka menjadi perusahaan berdaya saing dengan sokongan Hab Keusahawanan Swinburne Sarawak melalui bimbingan, akses rangkaian industri, kemudahan khusus dan panduan untuk syarikat permulaan pelajar.

Continue Reading

Previous: 150 peserta sertai Program Pendidikan Bebas Dadah di SJKC Su Lai
Next: Gaji permulaan guru CoS diserap tetap tertakluk peraturan, pengalaman selepas peroleh ikhtisas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.