Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Katibas rayu fasa baharu pembinaan jalan luar bandar di bawah RMK13
  • SEMASA

DUN: Katibas rayu fasa baharu pembinaan jalan luar bandar di bawah RMK13

Utusan Sarawak 6 hours ago
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini. Foto Ukas

PETRA JAYA: Seorang penyokong kerajaan hari ini merayu agar pembinaan rangkaian jalan luar bandar yang masih tertunggak di kawasan Katibas dimasukkan secara jelas dalam fasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi memastikan pembangunan dinikmati secara menyeluruh oleh penduduk di 88 penempatan.

Lidam Assan (Katibas – GPS) menegaskan bahawa isu jalan raya, jambatan dan penghubung asas merupakan ’nadi yang membuka kehidupan’ kepada masyarakat Katibas, yang selama ini bergantung kepada laluan balak dan perjalanan bot di Sungai Katibas.

Beliau berkata, kerajaan GPS melalui Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan (MIPD) serta JKR Sarawak telah berjaya menyiapkan Fasa 1, melibatkan pembinaan jalan sepanjang tujuh kilometer dari Nanga Bangkit ke Upper Sungai Bangkit dan sebuah jambatan Sungai Katibas di Nanga Bangkit dengan kos keseluruhan RM105 juta.

“Ini bukan sekadar projek. Jalan dan jambatan ini sudah mula membuka tanah NCR yang sebelum ini tidak dimanfaatkan. Dengan kerja ukur Seksyen 6 sedang berjalan, kita melihat pulangan ekonomi mula bergerak perlahan tetapi pasti.”

Beliau berkata demikian ketika membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 pada Persidangan DUN hari ini.

Namun, beliau menegaskan bahawa Fasa 1 sahaja tidak mencukupi dan penduduk masih berdepan perjalanan jauh, trek berlumpur serta kesukaran ke sekolah, klinik dan pasar.

Sehubungan itu, beliau mengemukakan permohonan rasmi supaya baki pakej jalan luar bandar disegerakan di bawah RMK13 melalui pelaksanaan berfasa yang konsisten, meliputi:

  • Sungai Musah – 15 km (11 penempatan)
  • Sungai Iran – 16 km (14 penempatan)
  • Sungai Song – 15 km (9 penempatan)
  • Sungai Tekalit – 29 km (20 penempatan)
  • Sungai Lijau – 5 km (4 penempatan)
  • Sungai Manap – 5 km (5 penempatan)
  • Sungai Katibas–Engkuah ke Nanga Ngeranau – 34 km (14 penempatan)

“Dengan jalan yang baik, pertanian dapat diurus secara sistematik, produk dapat dibawa ke pasaran, dan kita boleh keluar daripada perangkap kemiskinan luar bandar. Saya tidak meminta keajaiban, saya minta perancangan fasa demi fasa yang jelas,” tegas beliau.

Lidam turut memohon agar MIPD menyatakan pakej mana yang boleh dimulakan pada 2026 serta menyediakan jadual perancangan yang merangkumi reka bentuk, pengambilan tanah dan garis masa pembinaan bagi setiap zon.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada rakyat Katibas atas sokongan berterusan serta kerjasama dengan Ahli Parlimen Kapit, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, dalam menjayakan agenda pembangunan kawasan tersebut.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Dr. Sim terima kunjungan hormat delegasi ACCCIS di DUN Sarawak
Next: Delegasi Kedutaan Perancis lawat ACCCIS, teroka peluang pelaburan di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.