Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Cadangan Hutan Lindung Ulu Trusan cetus kebimbangan komuniti Lun Bawang
  • SEMASA

DUN: Cadangan Hutan Lindung Ulu Trusan cetus kebimbangan komuniti Lun Bawang

Utusan Sarawak 2 hours ago
BARU Bian bercakap pada sesi perbahasan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

PETRA JAYA: Cadangan penubuhan “Hutan Lindung Ulu Trusan” menimbulkan kebimbangan komuniti Lun Bawang kerana ia berpotensi menjejaskan hak adat serta cara hidup tradisional yang telah diamalkan sejak generasi terdahulu.

Menurut Baru Bian (Ba’Kelalan – GPS),  cadangan tersebut merupakan percubaan ketiga kerajaan untuk mengisytiharkan kawasan Ulu Trusan sebagai Hutan Lindung selepas dua percubaan sebelum ini pada 2015 dan 2022 menghadapi tentangan masyarakat setempat.

“Tiada konsultasi awal dijalankan dengan komuniti sebelum memorandum dikeluarkan pada 21 Julai 2025 oleh Pegawai Hutan Wilayah Limbang. 

“Sekiranya akses hutan dihadkan, cara hidup tradisional masyarakat yang bergantung kepada hutan untuk memburu, menangkap ikan, mengumpul hasil hutan serta kayu dan bahan kraftangan akan terjejas secara langsung.

“Seksyen 14 dan 21 Ordinan Hutan 2015 menyediakan ruang untuk mengiktiraf hak dan keistimewaan komuniti. Kerajaan perlu menjalankan proses konsultasi yang inklusif dan telus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan RUU Perbekalan (2026), 2025  dan Usul Untuk Merujuk Resolusi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan bagi tahun 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini.

Baru Bian turut menekankan keadaan klinik luar bandar di kawasan beliau di Long Semadoh, Ba’Kelalan dan Tang Lapadan di Trusan, memetik statistik bahawa 76 peratus klinik kesihatan luar bandar di Sarawak berada dalam keadaan buruk.

“Komuniti luar bandar berhak mendapat akses kesihatan setara dengan kawasan bandar. 

“Klinik luar bandar harus disediakan doktor tetap, bukan hanya bergantung kepada jururawat atau pegawai perubatan,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Baru Bian berkata, Petros telah menjalankan kajian awal dan menemui potensi deposit minyak dan gas di Limbang dan Lawas. 

“Penemuan ini berpotensi menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan, tetapi pengendalian operasi mesti dilakukan oleh pakar berkelayakan untuk memastikan keselamatan.

“Kerajaan perlu memastikan semua pembangunan dilakukan secara bertanggungjawab, selaras dengan kepentingan komuniti tempatan dan perlindungan alam sekitar,” ujarnya.

Beliau juga menggesa supaya kontraktor patuhi spesifikasi keselamatan dalam pembangunan infrastruktur, termasuk projek jalan dan kemudahan awam di kawasan luar bandar.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: ADUN Meradong fokus pembangunan setempat dan kesejahteraan rakyat
Next: DUN: ADUN Bukit Assek sokong Bajet Sarawak 2026, fokus kesejahteraan rakyat dan pembangunan infrastruktur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.