Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: ADUN Meradong fokus pembangunan setempat dan kesejahteraan rakyat
  • SEMASA

DUN: ADUN Meradong fokus pembangunan setempat dan kesejahteraan rakyat

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATUK Ding Kuong Hiing ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini menyaksikan beberapa isu penting berkaitan pembangunan setempat dan kesejahteraan rakyat dibangkitkan semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, berkata Bajet Sarawak 2026 menumpukan kepada pembangunan modal insan bagi memastikan generasi muda Sarawak terlibat aktif dalam pembinaan negeri. 

Daripada jumlah perbelanjaan RM12.9 bilion, RM5.6 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan operasi dan RM7.3 bilion untuk pembangunan.

Beliau membangkitkan beberapa isu utama termasuk:

  • Unit Narkotik di IPD Meradong – menggesa kerajaan menubuhkan unit khas untuk membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia di Meradong, sejajar usaha mengekalkan keselamatan komuniti.
  • Bekalan Air Bersih – menegaskan projek peningkatan paip air di bawah Program Grid Bekalan Air Sarawak masih tidak menyelesaikan masalah bekalan di Jalan KJD, mencadangkan sambungan paip 600mm dari Bintangor Interchange ke Stesen Booster KJD sejauh 5.4 kilometer dengan anggaran kos RM9 juta.
  • Kanak-kanak Berkeperluan Khas – mencadangkan penubuhan pusat sehenti kerajaan di Meradong bagi menyediakan perkhidmatan terapi, pendidikan, dan sokongan keluarga secara bersepadu.
  • Liputan Rangkaian Telekomunikasi – menggesa Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi memastikan liputan rangkaian yang stabil di seluruh Meradong, termasuk kawasan pelajar dan laluan utama antara Sarikei dan Sibu.
  • Cukai SST 6 peratus ke atas Projek Kerajaan – menekankan impak SST terhadap projek luar bandar seperti Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan berharap kerajaan memberi pertimbangan untuk pengecualian cukai.
  • Jalan Ladang – memohon peruntukan bagi naik taraf jalan ladang bagi memudahkan pengangkutan hasil pertanian dan meningkatkan pendapatan petani tempatan.
  • Limau Bintangor – menggesa pihak berkuasa melindungi dan memulihkan tanaman limau Bintangor sebagai buah ikonik tempatan, termasuk pemberian insentif kepada petani yang masih menanam limau Bintangor.

Beliau menegaskan bahawa langkah-langkah tersebut adalah penting untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat, memperkukuh ekonomi tempatan serta memastikan pembangunan di Meradong berjalan selaras dengan aspirasi negeri Sarawak.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak tingkat bina rumah mampu milik, sasar golongan muda, B40
Next: DUN: Cadangan Hutan Lindung Ulu Trusan cetus kebimbangan komuniti Lun Bawang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.