Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Sarawak tingkat bina rumah mampu milik, sasar golongan muda, B40
  • SEMASA

DUN: Sarawak tingkat bina rumah mampu milik, sasar golongan muda, B40

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATUK Michael Tiang Ming Tee pada sesi soal-jawab sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.ot

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak terus komited meningkatkan akses rakyat kepada rumah mampu milik dengan melaksanakan pelbagai inisiatif dan program bagi menampung permintaan tinggi, terutamanya dalam kalangan golongan muda dan isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee, melalui Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), kerajaan membangunkan unit Rumah SPEKTRA Permata (RSP) dengan harga antara RM90,000 hingga RM160,000 setiap unit. 

“Selain itu, Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd (MUTIARA) menawarkan pembiayaan pinjaman perumahan berfaedah rendah, iaitu 1 peratus setahun untuk B40 dan 3 peratus untuk M40, termasuk bantuan RM10,000 bagi bayaran deposit untuk rumah bernilai kurang RM300,000 di bawah Skim Bantuan Deposit dan Bayaran Perumahan (HDRAS).

“Bagi kawasan Bintulu, Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA) telah memperuntukkan tanah seluas 528.31 ekar di kawasan Sungai Plan untuk pembangunan rumah mampu milik. Fasa 1, 2 dan 3 projek ini dijangka menyediakan 1,601 unit rumah, termasuk 980 unit Pangsapuri Putera, 308 lot rumah berkembar dan 313 rumah teres. 

“Pelan pembangunan ini telah dikemukakan kepada State Planning Authority (SPA) untuk pertimbangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Johnny Pang Leong Ming (Tanjong Batu – GPS) pada persidangan hari ketiga Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang ke-19, di sini, hari ini.

Beliau mengulas lanjut, kerajaan juga menetapkan kriteria kelayakan pembelian rumah mampu milik seperti berikut:

• Warganegara Malaysia dari Sarawak;

• Berumur 18 hingga 65 tahun (untuk yang berkahwin, ibu/bapa tunggal, balu atau duda), 30 tahun ke atas untuk individu bujang;

• Pembeli rumah kali pertama;

• Pendapatan isi rumah antara RM3,000 hingga RM6,000 sebulan (untuk Rumah Sri Pertiwi sehingga RM10,000).

“Selain itu, kerajaan memperkenalkan polisi kawalan harga dan kuota untuk memastikan rumah mampu milik tidak disalahguna untuk spekulasi pasaran. 

“Inisiatif lain termasuk skim pembesaran kampung, pembangunan kawasan kediaman baharu, pelaksanaan kuota rumah pribumi, dan projek pemulihan bandar melalui LCDA,” jelasnya.

Tambah beliau, kerajaan Sarawak juga bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia untuk melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPR), Program Residensi Rakyat (PRR), Program Pemulihan Kemiskinan Bandar (PPKB) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negeri.

Menurut kerajaan, langkah-langkah ini bukan sahaja meningkatkan bilangan rumah mampu milik di Sarawak, tetapi turut membantu menstabilkan harga pasaran, menjadikan pemilikan rumah lebih mampu dicapai oleh rakyat, dan meningkatkan kualiti hidup komuniti.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Entiti tunggal Lembaga Pelabuhan Sarawak beroperasi penuh tahun depan
Next: DUN: ADUN Meradong fokus pembangunan setempat dan kesejahteraan rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.