Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa MalaysiaBursa Malaysia melantun pada sesi awal dipacu jangkaan kadar faedah AS turunBursa Malaysia
  • BISNES

Bursa MalaysiaBursa Malaysia melantun pada sesi awal dipacu jangkaan kadar faedah AS turunBursa Malaysia

Utusan Sarawak 4 hours ago

KUALA LUMPUR:  Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, kembali meningkat dipacu oleh sentimen optimis selain menjejaki prestasi semalaman Wall Street susulan jangkaan Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedahnya.

Pada 9.05 pagi ini, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.69 mata atau 0.41 peratus kepada 1,618.43, berbanding penutupan urus niaga semalam di paras 1,611.74.

Sewaktu dibuka, indeks penanda aras itu menokok 4.39 mata kepada 1,616.13.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 191 berbanding 111 manakala 272 lain tidak berubah, 2,227 kaunter tidak diniagakan dan 82 kaunter digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 1.30 juta saham bernilai RM74.29 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata aktiviti memburu saham-saham berharga rendah dijangka ketara di bursa tempatan susulan penilaian yang rendah.

“Apa yang lebih penting adalah peningkatan jumlah dagangan secara berterusan dan menjadi petunjuk jelas bahawa pelabur kekal kukuh walaupun dalam fasa konsolidasi ketika ini,” katanya kepada Bernama.

Atas alasan itu juga, beliau menjangkakan indeks petunjuk utama itu bergerak dalam julat 1,610–1,625, hari ini.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Public Bank kekal pada paras RM9.98 dan RM4.30, CIMB menokok dua sen kepada RM7.49, IHH naik empat sen kepada RM8.08 manakala Tenaga Nasional turun dua sen kepada RM13.08.

Bagi saham paling aktif, Aizo susut 1.5 sen kepada 5.5 sen, D&O Green turun 10 sen kepada 99 sen, Green Packet dan Tanco tidak berubah masing-masing pada empat sen dan RM1.08 manakala Zelan naik setengah sen kepada tiga sen.

Kaunter paling untung didahului oleh Hong Leong Industries yang naik 66 sen kepada RM15, Malayan Pacific menokok 56 sen kepada RM33.60, Allianz meningkat 32 sen kepada RM18.40, Petronas Dagangan meraih 28 sen kepada RM20.90 dan Hong Leong Bank menokok 18 sen kepada RM21.46.

Sebaliknya, kaunter paling rugi adalah United Plantation yang susut 20 sen kepada RM28.40, DRB-Hicom turun 14 sen kepada RM1.16, Greatech kehilangan sembilan sen kepada RM1.70 dan BM Greentech serta Vitrox masing-masing turun tujuh sen kepada RM1.46 dan RM4.21.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas naik 39.33 mata kepada 12,025.68, Indeks FBM Emas Shariah meraih 29.80 mata kepada 11,995.32 manakala Indeks FBMT 100 menambah 41.64 mata kepada 11,798.07.

Indeks FBM ACE susut 9.87 mata kepada 4,915.17 manakala Indeks FBM Mid 70 naik 28.77 mata kepada 16,975.57.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 74.54 mata kepada 18,543.54, Indeks Perladangan menambah 15.22 mata kepada 8,247.44, Indeks Tenaga turun 0.38 mata kepada 759.94 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.34 mata kepada 163.89.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka mengukuh, kembali cecah paras 4.12 berbanding dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.