Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Era pelupusan sisa tanpa kawal selia sudah berakhir
  • SEMASA

DUN: Era pelupusan sisa tanpa kawal selia sudah berakhir

Utusan Sarawak 4 hours ago
Chieng Jin Ek (Bukit Assek-GPS) Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Sumber Mampan dan Pengurusan Sisa 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS 

PETRA JAYA: ‘Ini menghantar mesej tegas bahawa era pelupusan sisa tanpa kawal selia telah berakhir.’ Demikian tegas Chieng Jin Ek (Bukit Assek-GPS) ketika membahaskan Rang Undang-Undang Sumber Mampan dan Pengurusan Sisa 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa rang undang-undang itu memperkenalkan rejim pelesenan yang jelas, penalti tegas dan kuasa penguatkuasaan pegawai bertauliah, yang akan mengekang pembuangan haram serta amalan tidak bertanggungjawab, sekali gus menandakan perubahan besar dalam pengurusan sisa di Sarawak.

“Penubuhan Pihak Berkuasa Sumber Mampan dan Pengurusan Sisa akan mewujudkan pentadbiran lebih tersusun melalui penggabungan kepakaran kementerian, pihak berkuasa tempatan dan industri,” katanya. 

Chieng berkata RUU ini adalah tonggak penting yang memacu Sarawak ke arah ekonomi kitaran, meninggalkan budaya ‘guna dan lupus’ serta menekankan pengurusan sumber yang pintar, terancang dan strategik. 

Pihak berkuasa ini diberi kuasa untuk merancang, mengawal selia, melesen dan menguatkuasakan peraturan, memastikan tadbir urus cekap dan akauntabiliti jelas.

Melalui pengasingan, kitar semula, pemulihan dan inisiatif tenaga daripada sisa, Sarawak bukan sahaja melindungi alam sekitar tetapi juga membina rantaian nilai ekonomi baharu, merangsang inovasi, menarik pelabur hijau dan mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Chieng menggesa agar pelaksanaan RUU mengambil kira kemampuan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta komuniti luar bandar supaya kos pematuhan tidak membebankan mereka.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa menilai insentif bersasar, pelaksanaan berfasa dan bantuan teknikal bagi memastikan penyertaan inklusif.

“Kelestarian mesti adil dan boleh dicapai oleh semua pihak, bukan hanya pemain industri besar,” katanya.

Chieng menegaskan bahawa RUU ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan mampan dan pertumbuhan bertanggungjawab, sambil 

“Ia akan melindungi alam sekitar, memperkukuh ekonomi hijau dan menjamin Sarawak lebih bersih, sihat, dan makmur untuk generasi akan datang,” tekannya, mengakhiri perbahasan dengan menyokong penuh kelulusan rang undang-undang tersebut.

Oleh Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak luluskan Rang Undang-Undang Pengurusan Sumber Lestari dan Sisa 2025
Next: MBKS perkukuh sokongan warga emas, Dato Wee kongsi pengalaman di sesi WHO

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.