Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Batik Air tambah dua laluan baharu perkukuh hubungan Sabah–Sarawak
  • NASIONAL

Batik Air tambah dua laluan baharu perkukuh hubungan Sabah–Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago

KUALA LUMPUR: Batik Air memperkukuh rangkaian domestiknya di Malaysia Timur dengan memperkenalkan dua laluan terus baharu menghubungkan Kota Kinabalu ke Kuching dan Sandakan, bermula 15 Disember ini.

Langkah itu dijangka merancakkan pergerakan rakyat serta industri pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Pengenalan kedua-dua laluan berkenaan turut menggambarkan peningkatan permintaan terhadap perjalanan antara Sabah dan Sarawak, sekali gus mengukuhkan kedudukan Kota Kinabalu sebagai hab operasi penting di utara Borneo.

Laluan terus ke Kuching, yang terkenal dengan warisan budaya dan tarikan kulinari, akan beroperasi tujuh kali seminggu dan dijangka memudahkan perjalanan perniagaan serta kunjungan pelancong.

Perkhidmatan harian ke Sandakan pula memberi akses lebih mudah ke destinasi yang sinonim dengan ekopelancongan, pemuliharaan hidupan liar dan tarikan alam semula jadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy, berkata pengenalan laluan baharu itu selaras dengan komitmen syarikat untuk memenuhi keperluan perjalanan dalam negeri yang semakin meningkat.

“Kami berbesar hati memperkenalkan dua penerbangan terus ini yang menzahirkan komitmen kami menyokong keperluan perjalanan di Sabah dan Sarawak. Mengukuhkan ketersambungan dalam Borneo adalah keutamaan kami,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kedudukan Kota Kinabalu sebagai hab operasi wilayah akan terus diperkukuh melalui pembangunan rangkaian penerbangan yang lebih meluas merangkumi hab-hab strategik di seluruh rantau ini.

“Dengan menghubungkan bandar-bandar utama secara lebih berkesan, kami berharap dapat membuka peluang baharu dalam sektor perniagaan, pertukaran budaya dan pengalaman perjalanan yang lebih lancar untuk semua,” ujarnya.

Seiring pengenalan laluan itu, Batik Air turut melanjutkan kempen ‘Family Vacay Starts at Borneo’ dengan menawarkan tambang sehala serendah RM69 ke bandar utama di Sabah dan Sarawak.

Promosi berkenaan dibuka sehingga 30 November 2025 untuk perjalanan sehingga 30 Januari 2026.

Batik Air turut mengumumkan bahawa laluan terus Kota Kinabalu–Singapura akan dilancarkan pada 12 Februari 2026, melengkapkan rangkaian antarabangsa sedia ada termasuk penerbangan tiga kali seminggu ke Incheon, Korea Selatan.

Continue Reading

Previous: Banjir di Hatyai: 310 warga Malaysia dibawa keluar pasukan sukarelawan Malaysia
Next: Shamsul Iskandar umum letak jawatan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.