Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pemahaman tepat mengenai MA63 perlu diperkukuh agar rakyat tidak terkeliru
  • TEMPATAN

Pemahaman tepat mengenai MA63 perlu diperkukuh agar rakyat tidak terkeliru

Utusan Sarawak 4 hours ago
Mohamad Shafizan Kepli ketika perbahasan Belanjawan 2026 peringkat jawatankuasa di Parlimen, hari ini. Foto: Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli menegaskan bahawa kefahaman yang tepat mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) amat penting bagi mengelakkan rakyat terpengaruh dengan tafsiran salah serta retorik yang boleh menggugat keharmonian negara.

Berucap ketika perbahasan Belanjawan 2026 peringkat jawatankuasa di Parlimen, Shafizan mengingatkan bahawa MA63 bukan sekadar kertas perjanjian, tetapi asas pembentukan Malaysia hasil persefahaman antara Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.

“Perjanjian ini membentuk hubungan antara negeri-negeri dan menjadi tonggak pembangunan negara sejak Malaysia ditubuhkan,” katanya.

Beliau kecewa dengan kewujudan pihak yang memperlekehkan MA63, termasuk tuduhan bahawa perjanjian itu ‘tidak berguna’ dan patut dibatalkan sesuatu yang disifatkannya sebagai berbahaya dan mengelirukan rakyat.

Mohamad Shafizan turut menegur kenyataan ekstrem segelintir pihak yang mencadangkan Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia sekiranya tidak bersetuju dengan MA63.

“Ia berisiko menimbulkan salah faham dan perpecahan. Penjelasan tentang MA63 perlu diperkukuh supaya rakyat memahami nilai, konteks sejarah serta kepentingannya dalam mengekalkan kesatuan negara,” tegasnya.

Beliau menggesa semua pihak agar bersikap bertanggungjawab dan tidak memanipulasi MA63 demi kepentingan sempit.

“Rakyat perlu diberi gambaran sebenar, bukannya sentimen yang membakar,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kerjasama komuniti, sekolah dan kerajaan kunci atasi buli – Rosey Yunus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.