Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pelabuhan Bintulu tingkat kecekapan dan kelestarian dengan teknologi digital
  • Utara
  • WILAYAH

Pelabuhan Bintulu tingkat kecekapan dan kelestarian dengan teknologi digital

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Wilson Ugak Kumbong menyempurnakan gimik pelancaran Hari Digital Pelabuhan Bintulu 2025 di Auditorium Menara Kidurong, disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif BPHB, Dato’ Ruslan Abdul Ghani dan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu (BPA), Datuk Sharkawi Alis.

BINTULU: Transformasi Pelabuhan Bintulu ke arah pelabuhan pintar diperkukuh melalui pelaksanaan teknologi digital yang menyokong agenda hijau termasuk automasi, penggunaan data masa nyata dan kecekapan operasi berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, usaha digitalisasi yang digerakkan Pelabuhan Bintulu bukan sahaja meningkatkan tahap kecekapan operasi, malah meletakkan Sarawak sebagai peneraju pembangunan infrastruktur hijau dan pintar di negara ini.

“Hari ini menandakan permulaan penting bagi Pelabuhan Bintulu kerana ia menunjukkan kesediaan kita menggerakkan masa depan di mana teknologi dan kelestarian berjalan seiring untuk memacu kemakmuran negara.

“Malaysia, khususnya Sarawak, berada pada kedudukan strategik untuk mengetuai pembangunan infrastruktur pintar, hijau dan dipacu digital,” katanya.

TIMBALAN Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB, Dato’ Ruslan Abdul Ghani melawat reruai pameran sempenaHari Digital Pelabuhan Bintulu 2025 di Menara Kidurong, Bintulu hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Digital Pelabuhan Bintulu 2025 di Auditorium Menara Kidurong di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), Dato’ Ruslan Abdul Ghani berkata, pelabuhan berkenaan sedang bergerak ke arah automasi penuh melalui peralihan daripada proses manual kepada sistem bersepadu dan operasi pintar.

Menurutnya, sasaran jangka panjang tersebut melibatkan penggunaan robotik, kecerdasan buatan dan sistem autonomi bagi mentakrif semula tahap keselamatan, produktiviti dan kecekapan pelabuhan.

Transformasi itu, ujarnya, juga memberi ruang kepada tenaga kerja untuk meningkatkan kemahiran bagi memenuhi keperluan industri digital masa depan.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: MTPN Sarawak gesa tindakan terhadap publisiti mengelirukan dalam jualan atas talian
Next: DAP Kuching hantar 664 permohonan STR ke LHDN untuk bayaran 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.