Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Isu MA63: Pemuda PBB tuntut Zaid Ibrahim minta maaf
  • TEMPATAN

Isu MA63: Pemuda PBB tuntut Zaid Ibrahim minta maaf

Utusan Sarawak 8 hours ago
KENYATAAN media daripada Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mendesak bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim, untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Sarawak dan Sabah susulan kenyataannya yang menyifatkan kedua-dua wilayah itu sebagai “beban” serta mencadangkan agar Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dibatalkan.

Menurut kenyataan rasmi Pemuda PBB yang dikeluarkan hari ini, pandangan tersebut dianggap melampau, angkuh dan boleh mencetuskan ketegangan serta mengguris sensitiviti rakyat di kedua-dua wilayah ini.

“MA63 merupakan dokumen tonggak kepada penubuhan negara Malaysia dan kandungan perjanjian tersebut harus dipenuhi serta tidak perlu dipersoalkan lagi,” tegas kenyataan itu.

Pemuda PBB turut menyifatkan cadangan agar Sarawak dan Sabah “dibuang begitu sahaja selepas 62 tahun dalam Persekutuan Malaysia” sebagai pandangan ekstrem serta berpotensi menjadi hasutan.

“Kita menggesa agar pihak berkuasa dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga keharmonian dan ketenteraman awam,” jelas kenyataan itu.

Pemuda PBB turut menzahirkan rasa kesal apabila Zaid dalam respons balas terhadap kenyataan Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato’ Fazzrudin Abdul Rahman, bukan sahaja enggan mengakui keterlanjuran ucapan malah menyatakan beliau “berhak menyuarakan pendapat sedemikian”.

“Kita tidak akan sama sekali berdiam diri sementara hak dan keistimewaan Sarawak dicabar secara terbuka seperti yang telah tular baru-baru ini,” tegas Pemuda PBB.

Tambah kenyataan itu lagi, pihaknya menerima perbezaan pandangan dan menghargai perbincangan mengenai hala tuju negara, namun menolak keras sebarang cubaan mempertikai kedudukan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

“Kita mendesak agar Datuk Zaid Ibrahim mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Sarawak dan Sabah dengan kadar segera untuk menjernihkan keadaan dan memelihara ketenteraman awam,” katanya.

Kenyataan itu turut menasihati masyarakat agar lebih berhati-hati dalam mengulas isu berkaitan hak dan keistimewaan Sarawak, serta tidak mempersoalkannya secara sewenang-wenangnya.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kevin Lau puji Belanjawan 2026 perkasa pendidikan digital golongan muda
Next: PRN Sabah: Kehadiran Tiong bukan mewakili GPS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.