Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Kemungkinan wujud kementerian baharu susulan pindaan Perlembagaan – Abdul Karim
  • SEMASA

DUN: Kemungkinan wujud kementerian baharu susulan pindaan Perlembagaan – Abdul Karim

Utusan Sarawak 17 hours ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika sidang media selepas pembentangan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2025 di Pusat Media DUN hari ini.

PETRA JAYA: Pindaan Perlembagaan Negeri Sarawak yang membenarkan penambahan sehingga empat lagi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) membuka ruang kepada kemungkinan penyusunan semula portfolio serta pewujudan kementerian baharu dalam Kabinet Sarawak.

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (Asajaya-GPS) berkata perkara itu tidak mustahil berikutan kemunculan banyak bidang baharu hasil keterlibatan aktif Sarawak di peringkat antarabangsa di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Saya melihat ini sebagai sesuatu yang cukup menarik. Dengan Premier Sarawak kita sering memberi penerangan di seluruh dunia, sudah tentu banyak perkara baharu dibawa pulang ke Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas pembentangan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2025 di Pusat Media DUN hari ini.

Menurutnya, perkembangan pesat dalam sektor seperti tenaga, ekonomi baharu, hidrogen, digital dan pelaburan antarabangsa mungkin memerlukan kementerian baharu atau penstrukturan semula kementerian sedia ada.

“Sudah tentu ada perkara baharu yang timbul dan perlu dimasukkan dalam kementerian baharu atau melalui penjenamaan semula kementerian tertentu,” jelasnya.

Abdul Karim turut mengakui bahawa beliau sendiri hanya dimaklumkan pada peringkat akhir untuk membentangkan rang undang-undang berkenaan, namun melihat pindaan itu sebagai langkah menyediakan ruang supaya kerajaan dapat menyesuaikan struktur pentadbiran mengikut keperluan semasa.

“Kita tunggu sahaja sama ada perubahan itu berlaku dalam masa terdekat atau selepas pilihan raya. Ini satu perkara yang menarik untuk diperhatikan,” katanya.

RUU berkenaan, yang diluluskan pada bacaan kedua hari ini, memberi fleksibiliti kepada kerajaan menambah sehingga empat anggota MMKN bagi memperkukuh pentadbiran serta mengagihkan portfolio dengan lebih teratur.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Sidang luluskan keperluan tambah jumlah menteri
Next: Tiada rakyat Malaysia terkesan akibat letusan Gunung Semeru di Jawa Timur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.