Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Keperluan percepatkan keputusan dorong cadangan tambah ahli MMKN
  • SEMASA

DUN: Keperluan percepatkan keputusan dorong cadangan tambah ahli MMKN

Utusan Sarawak 1 hour ago
JELASKAN… Christopher Gira Sambang (Tamin-GPS) ketika sesi perbahasan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sarawak 2025, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Keperluan mempercepat proses membuat keputusan dan memperkemas penyelarasan projek disenaraikan sebagai alasan utama cadangan menambah sehingga empat anggota dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) menerusi Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2025.

Rang undang-undang itu dibentangkan bagi membolehkan Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas nasihat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melantik maksimum empat ahli tambahan daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ke dalam MMKN untuk mengukuhkan kapasiti pelaksanaan dasar kerajaan.

Christopher Gira Sambang(Tamin-GPS) berkata masa proses keputusan yang panjang dan rantaian kelulusan yang kompleks kini memberi kesan langsung kepada kelancaran pelaksanaan projek, terutamanya di kawasan luar bandar.

“Dengan menambah ahli MMKN, kita akan mengurangkan kesesakan pentadbiran, mempercepatkan kelulusan projek dan memastikan penyelarasan antara kementerian dan agensi menjadi lebih lancar,” katanya pada sesi perbahasan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sarawak 2025, di sini hari ini.

Christopher menegaskan bahawa beberapa kementerian kini mengurus portfolio yang jauh melampaui fungsi asal mereka, daripada infrastruktur besar, bekalan air dan elektrik, hinggalah transformasi digital, lalu memerlukan tumpuan khusus untuk mempercepat tindakan di peringkat lapangan.

JELASKAN… Royston Valentine (Tellian-GPS) ketika sesi perbahasan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sarawak 2025, hari ini. Foto UKAS

Beliau menambah penambahan anggota juga penting untuk mengatasi ‘bottleneck’ birokrasi yang kerap menunda pembinaan jalan, pemasangan menara telekomunikasi dan projek bekalan air yang amat diperlukan penduduk luar bandar.

Sementara itu, Royston Valentine(Tellian-GPS) menyokong langkah itu dari perspektif pelaksanaan dasar jangka panjang seperti Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 , yang menuntut ketangkasan dalam pelaksanaan projek ekonomi, infrastruktur dan kelestarian alam sekitar.

Royston berkata kerajaan memerlukan barisan kepimpinan yang mampu menumpukan perhatian kepada sektor strategik seperti ekonomi digital, tenaga boleh diperbaharui dan pembangunan wilayah agar dasar-dasar dapat diterjemah kepada projek yang memberi impak nyata kepada rakyat.

“Kita bukan menambah jawatan semata-mata; kita membina kapasiti agar keputusan dapat dibuat lebih pantas dan dilaksanakan lebih cekap demi manfaat rakyat,” katanya, sambil menegaskan had maksimum empat ahli tambahan menunjukkan pendekatan yang terkawal dan bertanggungjawab.

Kedua-dua ADUN itu berpendapat bahawa pelantikan terancang akan mempercepat penyampaian perkhidmatan, meredakan beban portfolio berlebihan ke atas menteri sedia ada, dan membuka peluang kepada wakil rakyat yang mempunyai kepakaran untuk menyumbang dalam pentadbiran negeri.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Tambah menteri demi kecekapan, bukan pembaziran – Mohamad Duri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.