
PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak terus memberi bantuan untuk memajukan sektor pendidik, sekali gus meringankan beban pelajar.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata inisiatif ini bagi memastikam peluang pembelajaran yang saksama.
Berikutan antara diumumkannya ketika membentang Belanjawan 2026 pada sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.
(I) Program Pemantapan Pendidikan Sarawak (SEEP)
• SEEP menyediakan tuisyen percuma untuk pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 yang kurang berprestasi dalam 8 subjek SPM:
Sains, Matematik, Sejarah, Bahasa Inggeris, Biologi, Kimia, Matematik Tambahan & Fizik.
• Modul khas disediakan oleh pakar JPN Sarawak.
• Manfaat kepada 63,000 pelajar di 185 sekolah menengah.
• Matlamat: prestasi SPM Sarawak menyamai purata nasional dalam lima tahun.
• RM20 juta diperuntukkan untuk 2026.
(II) Bantuan Laptop Percuma dan Baucar Buku
• RM30.5 juta untuk Program Laptop Percuma bagi pelajar Diploma & Ijazah tahun pertama.
• RM2 juta untuk Baucar Buku bagi pembelian bahan akademik.
(III) Diskaun Pinjaman PTPTN
• Sarawak terus menanggung subsidi diskaun PTPTN untuk peminjam yang menjelaskan lebih 30 peratus jumlah pinjaman.
• Sehingga kini, RM117 juta telah disalurkan untuk 33,000 peminjam.
• RM15 juta lagi disediakan untuk 2026.
(IV) Bantuan Khas Pelajar Universiti
• RM60 juta diperuntukkan untuk membantu pelajar Sarawak di diploma dan ijazah seluruh Malaysia bagi menampung kos sara hidup asas.
(V) Graduan Pulang Sarawak (i-GPS)
• Menyediakan subsidi tambang penerbangan untuk pelajar di Semenanjung, Sabah dan Labuan.
• Setiap pelajar boleh tuntut 2 kali setahun, maksimum RM300 setiap perjalanan.
• Sehingga kini, RM35 juta dibelanjakan bagi 117,000 perjalanan.
• RM8 juta akan diperuntukkan untuk 2026.
Membangunkan pendidikan berkualiti tinggi dan modal insan:
Inisiatif 1: Pendidikan Percuma untuk Pelajar Sarawak
• Bermula 2026, semua rakyat Sarawak yang melanjutkan pengajian di universiti milik Sarawak akan menerima pendidikan percuma melalui Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES)
• FTES memastikan akses pendidikan tinggi berdasarkan merit, bukan kemampuan kewangan.
• Sebanyak 64 program ijazah disenarai di bawah skim ini.
• RM250 juta diperuntukkan pada 2026.
Inisiatif 2: Memperkukuh Sistem dan Kemudahan Pendidikan Sarawak
(I) Pembangunan Sekolah Antarabangsa Sarawak
• Penubuhan Yayasan Sarawak International Secondary School sebagai pencapaian penting, menawarkan kurikulum Cambridge.
• RM36 juta diperuntukkan untuk operasi 2026.
• Tambahan RM13 juta disediakan untuk kerja awal pembukaan kampus baharu di Bintulu dan Miri, melengkapkan kampus di Kuching dan Sibu.
(II) Memperkukuh Pendidikan Awal Kanak-Kanak
• RM22 juta untuk SeDidik bagi operasi dan pembangunan.
• RM14 juta geran khas tahunan kepada semua institusi pendidikan awal berdaftar.
• RM4 juta subsidi yuran Tadika dan Taska, memberi manfaat kepada 4,000 kanak-kanak dari isi rumah berpendapatan RM7,000 ke bawah.
(III) Dwi Bahasa Cambridge – Bahasa Inggeris sebagai medium
• Penilaian Ujian Penilaian Program Dwibahasa Sarawak (DLP Sarawak) dilaksanakan Oktober 2025 bagi menilai hasil pembelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
• Kerjasama dengan Lembaga Peperiksaan, JPN Sarawak, Swinburne Innovation Malaysia dan Cambridge University Press and Assessment.
• RM6 juta diperuntukkan untuk meneruskan program
Inisiatif 3: Menaik Taraf Sekolah Daif
• Keutamaan kepada persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif.
• Sarawak menyediakan RM1 bilion sebagai bayaran pendahuluan pinjaman Persekutuan untuk mempercepatkan pembinaan dan naik taraf sekolah.
• RM700 juta sudah dibayar kepada Kerajaan Persekutuan.