Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Sarawak perkukuh transformasi pertanian melalui Bajet 2026
  • SEMASA

DUN: Sarawak perkukuh transformasi pertanian melalui Bajet 2026

Utusan Sarawak 2 hours ago
Premier Sarawak (kiri) hadir ke persidangan hari pertama Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Keempat DUN Sarawak yang ke-19. Foto UKAS

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak menumpukan usaha memperkukuh sektor pertanian sebagai salah satu tonggak utama ekonomi negeri dalam Bajet 2026.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata, sektor pertanian kekal penting dengan sumbangan RM15.1 bilion atau 10.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar Sarawak pada 2024.

“Bajet 2026 memperuntukkan RM73 juta untuk memodenkan amalan pertanian melalui teknologi moden seperti pembangunan Sarawak Agrotechnology Park dan Precision Farming Park.

“Selain itu, RM5.6 juta disediakan untuk memperkukuh penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains tanaman, perlindungan tanaman dan pengurusan tanah secara mampan.

“Pembangunan industri agro juga dipertingkatkan dengan RM21.4 juta bagi Agroparks dan Aquaculture Parks untuk meningkatkan hasil dan produktiviti pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika persidangan hari pertama Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang ke-19, di sini, hari ini.

Tambah beliau, kerajaan menyasarkan tahap sara diri beras meningkat ke 60 peratus dengan peruntukan lebih RM46 juta bagi infrastruktur saliran, rehabilitasi sawah dan bantuan kepada pesawah.

“Dalam usaha meningkatkan pengeluaran ternakan, RM33 juta diperuntukkan untuk pembangunan ladang lembu, pengambilan baka berkualiti, pusat bioteknologi ruminan dan makanan ternakan berasaskan kelapa sawit.

“Pembangunan infrastruktur asas pertanian diperkuat dengan RM34.2 juta bagi membina jalan ladang dan pusat pengumpulan, pemprosesan serta pembungkusan makanan.

“Pelbagai program pembangunan dan sokongan disediakan untuk petani kecil, nelayan dan penternak dengan peruntukan melebihi RM66 juta untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan mereka,” jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan turut memperkasakan agropreneurs dan komuniti luar bandar melalui dana dan program seperti Dana Fasilitasi Pertanian dan AFF Jaya Tani dengan peruntukan berterusan.

“Organisasi petani diberikan sokongan berjumlah RM6.5 juta bagi meningkatkan keupayaan mereka dalam memperluas akses pasaran dan mempertingkatkan operasi.

“Usaha transformasi sektor pertanian ini sejajar dengan matlamat PCDS 2030 untuk menjadikan Sarawak pengeksport makanan bersih dan memperkukuh keselamatan makanan negeri,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak jangka lebihan bajet RM144 juta tahun depan
Next: DUN: Sarawak tingkatkan bantuan kewangan program SKAS – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.