Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan positif dadah dalam Op Tapis Khas di Lubok Antu
  • JENAYAH

Lelaki ditahan positif dadah dalam Op Tapis Khas di Lubok Antu

Utusan Sarawak 6 hours ago
Hasil saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine. Foto: IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an ditahan dalam satu operasi khas membanteras penyalahgunaan dadah di Jalan Lubok Antu, petang semalam.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu, tangkapan tersebut dilakukan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) menerusi pelaksanaan Op Tapis Khas.

Hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati suspek mempunyai rekod berkaitan kesalahan dadah sebelum ini, sekali gus membawa kepada tindakan susulan pihak polis.

Susulan itu, kes berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, polis menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah melalui Hotline JSJN Bukit Aman di talian 012-208 7222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak di talian 017-592 9211.

Kerjasama masyarakat amat diperlukan bagi membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan dadah demi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di Daerah Lubok Antu terus terpelihara.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Op Tapis Khas Narkotik: 98 ditahan, 20.98 gram syabu dirampas
Next: 555,000 batang rokok, 1,552 liter minuman keras dirampas di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.